Thursday, July 16, 2009

SEMAKAN ARAH KIBLAT

petang ni 16.07.2009 tapat jam 5:28pm mari lah sama-sama kita semak arah kiblat kita ... sebab pada maktu itu nanti matahari betul-betul berada di atas kaabah di mekah... jom lah kita sama-sama betul kan arah kiblat kita ... mane lah tau tersasar pulak kan....

so kat bawah ni ade sikit info yang boleh di jadik kan panduan .....
(sumber dari sini)

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.



2.Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3.Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen) atau dail 1051


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1.Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2.Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri/Wilayah.

3.Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat

No comments: