Monday, January 24, 2011

CUTI-CUTI MELAKA - RIVER CRUISE

hari ni meh kite dera mak kita jejalan kat Bandar Hilir.... hahahahahaha .. dia asyik tido jek kan.. meh kita jalan-jalan kuar peluh mak... hiihihihi

lepas check-out dari Mimosa Hotel... kitorang terus ke Bandar Hilir .. parking dekat-dekan dengan bangunan merah pastu jalan kaki sepanjang sungai untuk ke QuaySide Heritage Centre (port River Cruise) ... Port River Cruise ni letaknye dekat-dekat dengan kapal portugis yang jadik muzium tu... kalau ikutkan jauh jugak lah berjalan kaki dari tempat parking ke situ ... tapi semangat nak berjalan harus diserap kat roh mak jugak.. kasik dia kuar peluh sikit... hihihihi

bermulalah pengembaraan naik River Cruise... bayaran nye RM 10 dewasa; RM5 kanak-kanak .. traveling time dalam 45 minute dari Quayside Heritage Centre ke Taman Rempah, Pangkalan Rama .....

Sepanjang perjalanan tu kita akan diberitau pasal sejarah negeri melaka dan penduduk kat melaka ni la... sepanjang perjalanan tu kita akan tempuh pelbagai jambatan .. yang aku ingat jabatan Hang Tuah .. itu pun sebab encik suami ambik gambar jambatan tu... ahakk... lagi stu jambatan kampung morten ... sebab ade kaitan ngan kampung morten itu jek la yang aku ingat... hahahaha ...

pastu korang akan lalu kat Kampung Morten... kat situ ade satu rumah yang ade muzium .. namanye Villa Sentosa .. aku tak gi lak muzium tu ... tapi ikut kata Tourist Guide tu dalam rumah ni ade bebarang lama macam baju, gong, pinggan mangkuk, keris dan perabot peninggalan dari orang yang bukak kampung tu, Demang ape tah aku tak ingat namanye... kampung ni dah berusia beratus tahun ... eeeemmm menyesal pulak tak masuk Villa Sentosa ni .... actually is a must seen living museum ... hukk hukkk




Kampung Morten adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Melaka.. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Morten"



kat Kampung Morten ni jugak ade satu rumah nama Rumah Limas yang tak mengunakan paku dan dipeliharan oleh kerajaan negeri untuk jadik sejarah...

Rumah Limas

kami .. enjoying the views



Abah, Mak ngan Las

korang jaga-jaga kalau naik river cruise ni .. kalau bertembung sesama dia (boat la) ... percikkan air akan memberi tempias ke muka anda.. AWAS... air itu masin .. wakakakakaka....

ni kincir air kesultanan melayu melaka

selain dari tu .. sepanjang perjalanan kita akan tengok bangunan-bangunan yang dicat cantik .. dan ade bangunan yang dilukis mural... pastu lalu kat ferris wheel ... lagi ape yekk... lalu kat kapal portugis, lalu kat kincir air sultan melayu melaka... lalu kat panggung wayang lama cathay .. dan macam-macam lagi la... so kalau gi melaka MESTI naik River Cruise ni tau... ambik gambar banyak-banyak...

lepas turun bot tu ... kitorang jejalan dekat souvenir shop nearby... lepas tu kitorang pekena cendol kat depan bangunan merah sambil tengok pengantin ambik gambar... hazab aku tengok pengantin tu kena seksa ambik gambar ngan pakai baju-bajan yang merelip-relip .. sure panas di tengah hari rembang tu kan... hahahahahaha..nasib ko lah kena dera...

1 comment:

ZM said...

aku je yang tak dapat join korang...sob sob sob