Monday, June 29, 2009

KALAU HILANG ...

kalau passport kita hilang.... kita kena .....


Kes Kehilangan Pasport Malaysia

Warganegara Malaysia yang telah kehilangan Pasport Malaysia perlu :

Membuat Laporan Polis

Jika memerlukan Pasport gantian, sila ke Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat tinggal pemohon (kecuali Ibu Pejabat) untuk mengemukakan permohonan seperti berikut:


- Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
- Borang Soal Selidek Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42c)
- Laporan Polis (2 salinan)
- Laporan Jabatan Bomba; jika kehilangan dalam kebakaran (2 salinan)
- Kad Pengenalan (2 salinan)
- Sijil Kelahiran (2 salinan)
- Sijil Warganegara - jika berkenaan (2 salinan)
- Gambar terbaru berukuran Pasport
- Surat pengesahan bekerja daripada majikan (2 salinan) dan jika berada diluar negara, perlu tunjukkan bukti Permit Kerja
- Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)
- 2 salinan Sijil Perakuan Cemas beserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan Terbang/ pintu masuk (jika kehilangan berlaku semasa lawatan singkat seperti melancong, menghadiri - seminar/persidangan antarabangsa atau mengikuti kursus jangka pendek diluar negara)
- 2 salinan surat pengesahan taraf (jika pemohon bertaraf penduduk tetap diluar negara)
- 2 salinan surat pengesahan banjir dari pihak berkuasa tempatan (jika kehilangan kerana banjir)
- 2 salinan surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara
- 2 salinan sijil perkahwinan / surat cerai (jika bawah 18 tahun dan telah berkahwin)
- Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa


Makluman


Jika semasa kehilangan Pasport Malaysia berlaku pemohon berada di luar negara kerana menetap sebagai Penduduk Tetap, bekerja atau sedang melanjutkan pelajaran, permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan untuk Pasport Malaysia gantian kerana kehilangan akan di hantar melalui Beg Diplomatik oleh Perwakilan Malaysia ke Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Jadual setiap penghantaran adalah 1 kali dalam sebulan dan keseluruhan tempoh yang diambil untuk proses siasatan dan keputusan permohonan sehingga Pasport Malaysia siap dihantar kepada Perwakilan adalah dalam 3 - 4 bulan. Ini adalah anggaran untuk permohonan yang lengkap mengikut prosedur kes kehilangan.

(dari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia)

mane la aku letak passport aku ... huk hukkkkkk.... sedih ni

No comments: