Monday, June 29, 2009

KONSERT EKSKLUSIF SATU I

Baru lah hari ni berkesempatan nak update pasal Konsert SATU yang aku gi hari jumaat lepas.... First of all thank you to MAXIS sebab bagi aku oppurtunity untuk join the concert ... keseluruhan konsert tu enjoy dan menghiburkan tapi ade certain part yang aku rasa cam boring-boring sikit la.... aku jek yang rasa kot .. org lain aku tengok ok jek .. wakakakaka




tak dapat nak ambik gambar banyak sebab encik suami aku tak berani nak bawak kamera 'besar' ... jadik kami ambik gambar pun guna handphone dan kamera compact yang dah hazab baterinye tu... cam hampeh tau... low-battery jek padahal baru jek charge tengahari tu.... sedih ....

meh nak cerita perjalanan dari opis yek... encik suami memang bercuti sebab dia kata kalau dia kerje nanti tak sempat la pulak .. aku kerje yek .. tak kose nak ponteng ...sayang cuti aku yang banyak tu... kul 5 encik suami aku dah sampai opis dan suruh aku cepat-cepat turun... pastu terus ke KL .. sib baik jalan raya tak berapa jam .. kalau tak harus muka encik suami cam hampeh .. dia kan tak suka jalan sesak-sesak ni....


oleh kerana kita orang sampai teramatlah awal nye.. Encik suami kata dia nak belanja aku steamboat kat restoran nelayan... alhmadulillahh.... double celebration lah aku kan.. waakakaka.. aku pun setuju jugak sebab senang nak sembahyang maghrib kang.. so lepas solat aku pun bergerak lah ke istana budaya...


sampai istana budaya... nak parking punye lah seksa... sebesar-besar istana budaya tu tak de basement parking ke?? atau basement parking hanya untuk orang-orang tertentu?? tak tahu lah... sudah nye kami dapat parking kat tepi Balai Seni Lukis Negara.... jauh jugak lah nak berjalan kaki tau... cair make-up acik ... wakakakaka.. orang dah ramai dan kami berdua terus masuk dewan ... dalam dewan berani-berani takut nak kuarkan kamera untuk tangkap gambar .. akhirnye kami guna handphone untuk ambik gambar.. makanye kualiti gambar amat lah tidak puas hati... terima jek lah yek ...


seat kami tak lah jauh sangat dari pentas.... kira just nice jek lah .... selang beberape seat depan kami ada mak Tok Ti... dan orang kuat Jakel... eemm penaja kann.. mestila dok depan ...

8:45pm konsert start.... Aizat AF5 perform ngan 3 orang muzician; sorang main gendang, sorang gitar dan sorang lagi saxophone ... suara Aizat tu memang best yekk... dan dia semakin slim... dia bawak 3 lagu tapi yang aku ingat Hanya Kau Mampu dan tribute to MJ Heal the World jek .. lagi yg first tu aku tak ingat tajuk nye


pastu.... panggung gelap .. dan dari perut pentas tu Dato' Siti kuar ngan lagu dia aku tak ingat tajuk.. tapi salah satu lagu baru dia la... dia pakai baju putih dan ada sulam manik biru... cantik but she look fat hokey... pastu di nyanyi lagu-lagu diawal-awal kemunculan dia di arena muzik ni... Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

habis segmen pertama .. ade dua orang pemain gendang masuk .. dan sangat menghiburkan..

then .. segman cam irama malaysia... tribute to Pak Ngah Suhaimi .. ada lagu cindai, Balqis bla bla bla aku tak hingat... tapi Siti cantik sangat pakai baju kaler ijau...

aku sikit punya kagum ngan Tok Ti ni... suara sangat-sangat lunak .. dan dia buleh pulak hafal sume lirik lagu-lagu dia... sekali bila aku kalih kebelakang aku tengok rupanya ade lirik kuar kat monitor/ TV yang tergantung kat dalam panggung tu.. emm patut lah dia ingat lirik.. dah cam karaoke dah rupa nye...


nampak tak screen monitor kat ats tu.. kat situ lah kuar lirik lagu.. dan brief note untuk Tok Ti cakap


then ade segmen lagu pop dan ade satu lagu yang ala-ala jepon tajuk Kurniaan dalam Samaran .. Tok Ti did well .. dia nyanyi dengan penuh perasaan .. dan baju kimono yang dia pakai kaler merah tu pun membantu mencantikkan show dia..

then ... ade segmen cerita cinta dia ngan dato K .. dan Tok Ti nyanyi lagu yang dia nyanyi time kawin dulu .. yang aku tak suka .. wakakakaka "sayangi daku.. peluk lah aku.." yukkk meleweh-leweh hokey.. memang aku tak suka lagu tu... wakakakaka .. jangan marah yek peminat fanatik Siti Nurhaliza...

ada dalam satu segmen .. segmen dia bercerita pasal cinta cintun dia lah kan.. dia cakap thank you kat sume orang yang membantu dan menjadik tulang belakang dia selama ni ... time tu dia cakap thank you kat mak dia.. dan bila sebut pasal ayah dia.. tok ti nangis... time tu aku pun sedih tengok dia nangis .. she missed her ayah so much... hukk hukkkk

dan last song .. lagu Dalam Taman Teman... lemah gemalai Tok Ti nyanyi sambil menari.. chomel tau ...


keseluruhan ... aku enjoy the show..... suara Tok Ti sangat lunak dan merdu... dan dia adalah makhluk Allah yang cantik... aku suka....



dan ini lah gambar yang paling jelas yang berjaya aku ambik


ni aku ade ambik artikel dari Berita Harian untuk korang baca... so enjoyyyssss

(Source from bharian.com.my)



Konsert Eksklusif Satu himpunkan suka duka perjalanan seni penyanyi nombor satu negara

UMPAMA menyelak helaian catatan kehidupan yang selama ini menjadi teka teki dan penuh rahsia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza seperti membuka sedikit ruang apabila berkongsi lakaran pahit manis, senyum dan tangisnya sepanjang 14 tahun bergelar anak seni.

Konsert Eksklusif Satu yang dipentaskan selama tiga hari bermula Jumaat lalu merangkumkan segala perjalanan yang ditempuhinya.

Dalam senyuman ada tangisan dan ketika kebahagiaan menghuni sudut hatinya, Tuhan menghadirkan dugaan untuk menguji sejauh mana dia mampu bertahan serta bersabar menempuhinya.

Lantas sepanjang dua jam persembahan, naluri khalayak disentuh dengan rangkaian lagu yang menggambarkan perjalanan karier nyanyian anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang yang bermula sejak 1995.

Perjalanan emosi seorang insan seni bernama Siti Nurhaliza diterjemahkan menerusi lebih 30 lagu yang dinyanyikannya kerana setiap satu mempunyai jalinan maksud dan makna tersendiri buat si penyanyi.

Barangkali kerana itu juga, perjalanan Konsert Eksklusif Satu mengambil sedikit masa untuk menyentuh hati penonton sebelum lonjakan momentum sebenar persembahan dirasai khalayak.

Akur mempunyai beberapa kelemahan pada persembahan pembukaan, Siti yang ditemui selepas konsert berakhir, bagaimanapun berpuas hati kerana kerja keras dan kesungguhan mereka lebih sebulan direalisasikan dengan pementasan itu.

Akui Siti, tiga hari sebelum konsert dipentaskan, dia bersama tenaga produksi masih bertungkus lumus mencari idea untuk memperbaiki mutu persembahan.

“Siti akur konsert ini masih mempunyai kekurangan. Barangkali kerana ia malam pementasan pertama namun kelemahan itu akan diperbaiki untuk persembahan seterusnya. Ada beberapa perkara yang akan Siti perbaiki terutama dari segi pergerakan selain membiasakan diri dengan pentas kerana Siti akui, agak sukar untuk beraksi kerana belum cukup serasi dengan suasana pentas.


IBU Siti (dua dari kiri) hadir memberikan sokongan.

“Begitu juga pilihan pakaian, Siti akan menilai semula supaya persembahan seterusnya lebih lancar dan memberi kepuasan kepada semua yang datang,” kata Siti.

Konsert Eksklusif Satu dizahirkan daripada cetusan idea gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi konsert itu, Siti membawa peminat meneroka pengalaman, arus kejayaan, kerja kerasnya menongkah tohmahan untuk mencipta kejayaan sama ada yang terlihat serta tersembunyi di mata masyarakat.

Konsert Eksklusif Satu juga memberi pengertian mendalam buat penyanyi berusia 30 tahun itu kerana buat pertama kali dia beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya mengalunkan kesemua lagu dipetik daripada album yang pernah dihasilkannya.

Konsert itu turut merangkumkan melodi, tarian, grafik dan emosi diterjemahkan menerusi pilihan lagu yang menggambarkan citra kehidupannya untuk dikongsi bersama peminat.

“Setiap lagu bercerita mengenai perjalanan seni dan kehidupan Siti bermula dari awal pembabitan hingga kini. Memang Siti membina perjalanan konsert ini perlahan-lahan seterusnya menggerakkan mood serta emosi penonton.

“Pada satu tahap, penyampaian Siti lebih tegas dan keras kerana ia menggambarkan godaan serta kekuatan Siti menempuh dugaan sepanjang meniti kehidupan,” katanya.

Tidak seperti kebiasaan persembahan, Siti pada malam itu membataskan perbualannya dengan khalayak sebaliknya membiarkan lagu nyanyiannya bercerita segala rasa - bahagia, ceria, duka serta kesakitan yang ditempuhinya.

Dan pada satu ketika, tubuh kecil penyanyi itu bergetar menahan sebak mengenang pengorbanan besar seorang insan bergelar bapa yang tidak lagi bersamanya kerana pergi menyahut panggilan Ilahi.

Bapanya, Tarudin Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Februari lalu di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur kerana sakit jantung.

“Sepanjang 14 tahun, separuh daripada kehidupan Siti sudah dikongsi bersama umum. Di mata khalayak, Siti mungkin sentiasa dilihat tersenyum gembira namun ada ketika Siti terpaksa memendam apa yang dirasa. Cabaran dan dugaan akan sentiasa ada namun kerana keikhlasan dan keredaan Ilahi, Siti jalani hidup ini dengan tenang.

“Siti ingin sekali berterima kasih kepada mak, Siti Salmah Bachik dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang membantu memberi kekuatan untuk Siti menempuh semua ini,” katanya.

Siti membuka tirai persembahan dengan lagu Hati, disusuli Seindah Biasa dan Sutramaya sebelum membawakan medley lagu balada yang menjulang namanya seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Melengkapi persembahannya, Siti turut mengalunkan lagu irama Melayu tradisional dan kontemporari yang menjadi latar kepada perkembangan karier nyanyiannya.

Berterima kasih kepada komposer yang digelarnya, Bapa Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Siti memilih medley Cindai, Balqis dan Nirmala serta dua lagu dipetik daripada album terbarunya, Lantera Timur iaitu Cinta Ini dan Bulan Yang Mesra.

Beralih kepada persembahan lebih bertenaga, Siti yang kembali dengan persalinan hitam putih rekaan Michael Ong menghangatkan pentas bersama lagu rancak, Pendirianku, Pada Cintanya dan Ku Mahu.

Turut dipersembahkan rangkaian lagu perlahan, Tanpa Dendam Di Hati, Dialah Di Hati, Wanita, Bila Harus Memilih, Cuba Untuk Mengerti dan Biarlah Rahsia yang menceritakan detik indah ketika dia dilamun cinta sebelum menemui destinasi cintanya di hati Khalid.

Harus diakui kekuatan konsert ini terletak kepada lontaran vokal Siti yang mengalir penuh tenaga kerana pilihan lagu yang terlalu terikat dengan konsep teaterikal membataskan perbualan serta pergerakan penyanyi itu di pentas.

Paparan grafik yang variasi biarpun tidak sepenuhnya membantu berjaya memberikan visual mengesankan pada persembahan Siti.

Bagaimanapun, koreografi tarian yang klise menjejaskan sedikit momentum perjalanan konsert yang bermula agak perlahan lantaran pilihan susunan lagu mengikut konsep.

Datuk K turut kagumi Siti

KHALID atau sinonim dengan panggilan Datuk K ketika ditanya mengenai konsert itu berkata, dia kagum dengan kekuatan stamina isterinya yang mampu beraksi hebat serta melontarkan suaranya pada lagu mencabar sepanjang dua jam persembahan.

Kongsinya, beliau bersyukur kerana kerja keras Siti membuat persiapan termasuk menjayakan sesi latihan serta senaman selama tiga bulan di gimnasium berjaya melahirkan sebuah persembahan yang membanggakan.

Kekagumannya terhadap komitmen Siti dalam menjayakan konsert itu jelas terpancar apabila dia setia bersama isterinya sepanjang latihan penuh sehari sebelum pementasan sebenar bermula.

“Bayangkan untuk latihan penuh malam tadi, Siti menyanyi lebih lima jam dan alhamdulillah, dia mampu menyanyi dengan baik pada malam ini. Saya meminati lagu Siti terutama Cahaya Cinta, Jerat Percintaan dan Biarlah Rahsia. Paling menghiburkan ketika segmen lagu rancak.

“Di situ kita dapat melihat kelainan serta sisi berbeza Siti malah menampakkan dia serasi dengan penyampaian lagu rancak seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Khalid, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi terutama membabitkan plot perjalanan konsert yang perlahan dan tidak berkaitan.

“Begitu juga dengan pilihan pakaian yang kurang bersesuaian namun selebihnya saya 90 peratus berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Siti,” katanya.

Konsert pertama yang turut meraikan pelanggan Maxis menerusi Malam Gala Maxis juga mengumpul kutipan mencecah RM120,000. Hasil kutipan diserahkan Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashid kepada Siti untuk menjalankan aktiviti amal Yayasan Nurjiwa, sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan penyanyi itu dan suaminya.

KALAU HILANG ...

kalau passport kita hilang.... kita kena .....


Kes Kehilangan Pasport Malaysia

Warganegara Malaysia yang telah kehilangan Pasport Malaysia perlu :

Membuat Laporan Polis

Jika memerlukan Pasport gantian, sila ke Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat tinggal pemohon (kecuali Ibu Pejabat) untuk mengemukakan permohonan seperti berikut:


- Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
- Borang Soal Selidek Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42c)
- Laporan Polis (2 salinan)
- Laporan Jabatan Bomba; jika kehilangan dalam kebakaran (2 salinan)
- Kad Pengenalan (2 salinan)
- Sijil Kelahiran (2 salinan)
- Sijil Warganegara - jika berkenaan (2 salinan)
- Gambar terbaru berukuran Pasport
- Surat pengesahan bekerja daripada majikan (2 salinan) dan jika berada diluar negara, perlu tunjukkan bukti Permit Kerja
- Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)
- 2 salinan Sijil Perakuan Cemas beserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan Terbang/ pintu masuk (jika kehilangan berlaku semasa lawatan singkat seperti melancong, menghadiri - seminar/persidangan antarabangsa atau mengikuti kursus jangka pendek diluar negara)
- 2 salinan surat pengesahan taraf (jika pemohon bertaraf penduduk tetap diluar negara)
- 2 salinan surat pengesahan banjir dari pihak berkuasa tempatan (jika kehilangan kerana banjir)
- 2 salinan surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara
- 2 salinan sijil perkahwinan / surat cerai (jika bawah 18 tahun dan telah berkahwin)
- Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa


Makluman


Jika semasa kehilangan Pasport Malaysia berlaku pemohon berada di luar negara kerana menetap sebagai Penduduk Tetap, bekerja atau sedang melanjutkan pelajaran, permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan untuk Pasport Malaysia gantian kerana kehilangan akan di hantar melalui Beg Diplomatik oleh Perwakilan Malaysia ke Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Jadual setiap penghantaran adalah 1 kali dalam sebulan dan keseluruhan tempoh yang diambil untuk proses siasatan dan keputusan permohonan sehingga Pasport Malaysia siap dihantar kepada Perwakilan adalah dalam 3 - 4 bulan. Ini adalah anggaran untuk permohonan yang lengkap mengikut prosedur kes kehilangan.

(dari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia)

mane la aku letak passport aku ... huk hukkkkkk.... sedih ni

Friday, June 26, 2009

SATU - DAN PERGI

ingat tak entry yg lepas pasal konsert SATU ...

dan setelah sessi pujuk memujuk .. planning memelening ... aku telah berjaya memujuk encik suami untuk pergi konsert tu... yahuuuu....


dan malam ni saya akan ke Istana Budaya.... dan doakan kami selamat pergi dan kembali... wakakaka.. cam nak pergi berperang...








kalau korang tau perangai encik suami .. korang akan tahu lah kenapa aku cakap camgini...

Wednesday, June 24, 2009

BERSIH HINGGA MENCIUTTTKAN!!

Petang semalam dengan bangganye Encik Suami telah memberanikan diri untuk mencuci kandang si Jeffery... tepukkan untuk Encik Suami ....vangga acik tau... iye la selama ni aku yang wat sebab dia kata dia geli nak pegang jeffery yang kuat mengeliat itu.... ...

aku dengan senang hati nye tak tolong pun dia dan terus tengok tv ... aku dengar lah dia gedegang-gedegung lam bilik air tu... aku biarkan aje...

sekali tu.... korang nak tau dia mandi kan Jeffery ngan ape???


dengan GLO (sabun cuci pinggan mangkuk tu).... aku dah gelak goling-goling dah bila tengok GLO tu baik punye posing tepi sinking lam toilet tu... dan encik suami dengan bangganya mengaku dia cuci bersih Jeffery ngan GLO tu..... tak sampai ati aku nak marah Encik Suami... hadoiyaiiii ... sib baik tak mati hewan tu.....

teringat iklan jejaman dedulu... cuci pinggan hingga menciutttkan.... rasanye iklan GLO lah kan...??

ikaaaaaaaaaaaa... kalau mati kan .. I'm sorry ... laki aku terlebih pandai

Tuesday, June 23, 2009

SATU - PERGI KE TAK??

minggu-minggu lepas... ade lah sorang umat yang memperkenalkan dirinye sebagai wakil Maxis/ Hotlink ... dia beritau aku offer yang Maxis bagi untuk tukar reward point kepada tiket konsert Siti Nurhaliza... kiranye nombor tipon aku ni antara yang dipilih oleh Maxis la... aku pun belasah lah layan minah tu... sebab aku selalu cakap yang nothing is free in this world... dan lepas tu aku telah melupakan hal ehwal ni .. ahak


tup-tupp... hari ni aku dapat courier dari Maxis ... and ... guess what??





betui laaa... aku dapat ticket tu... 2 ticket untuk Konsert Eksklusif SATU Dato' Siti Nurhaliza...harga RM250 lak tu.... bila aku browse dari ticket2u.biz ... RM250 ialah ticket kedua termahal... mati-mati aku ingatkan orang Maxis tu tipu aku...


so .. betui ke ni??? still tak percaya ni... betul ke aku tak akan dikenakan ape-ape bayaran lagi ni... hadoiyai camno ... ada sesiapa yang pernah dapat camgini???.. aku dah lupa berape banyak reward point aku yang dah kena potong sebab aku manusia yang tak pernah check reward point ... ahakkk.. eeemmmmm ...

satu lagi ... dulu aku minat lah jugak ngan Dato' Siti ni .. tapi lately lepas dia kawin ni cam dah tak minat pulak... wakakaka.. minat pun leh ubah-ubah kan....

lagi satu.. NAK GI KE TAK NAKKKKK???? hari jemaat tu kekawan kat istana budaya tengah-tengah bandar lak tu.... hadoiyai... Encik Somi dah tak terkata... tak tahu lah marah ke suka... hokk hokkk..... ni masalah ke berita gumbira ni ??? acik kompius

HAPPY FATHER'S DAY

Selamat hari bapa kepada bapa-bapa diselurh dunia....

untuk abah aku .. selamat hari abah ... i love u ....

untuk abah mertua aku... selamat jugak.... i love u too



tu jek lah kot... tak de yg menarik ... hari bapa kali ni aku mogok.. dok rumah tak balik rumah mane-mane untuk celebrate... malas sebenar nyeeeeeeeee... bagi aku hari-hari kita kena sayang abah kita... ingat jasa dia.. dan sentiasa mendoakan dia berada didalam keadaan yang baik di dunia dan di akhirat kelak.... aminnn

ingat tak de abah tak de la kita di dunia ini ........:D

Wednesday, June 17, 2009

AKU TELAH DIAMANAHKAN ...

diamanahkan untuk menjaga hewan kepunyaan Ika ni.. nama dia Neutron... tapi bila sampai kat aku .... aku boh nama dia Jeffery ... kira ok lah tu .. sib baik aku tak boh nama Hajemaru kann...

tetapi anak ini agak nakal... tak dok diam yek... aku sampai tak berani nak pegang dia ni .. sebab dia ni kuat mengigit.. amat menakutkan .. hukk hukkk... lagi satu .. dia suka sangat main ngan air minuman dia... tak sampai sehari sebotol air dah abis dan tempat dia jadik basah sebab dia main air tu sampai air tu leh terkuar sendiri... ade sekali tu .. dia gi tolak abuk-abuk kayu tu mengunung tinggi sampai terkena muncung paip botol air dia .. dan air pun meleleh kuar hingga abis... dan aku pun naik hangin .... nak aku babap jek tangan dia yang kecik tu tau...

ade sekali tu dia masukkan taik dia lam mulut .. pastu dia buat aksi berdiri dia sambil pandang aku ... hadoiyaiii... aku punya terbeluek-beluek lah time tu .. tuhan jek yang tahu.. encik suami dah gelak guling-guling tau tengok aksi Jeffery dan tengok gelagat aku yang terbeluek nak muntah... geli geleman aku tau...

maka tiap kali aku nak bersihkan bekas dia.. aku siap2 pakai sarung tangan .. kalau dia gigit pun tak kena kat kulit kan.. hihihihi... lagi pun dia punya mengeliat tiap kali dipegang tu amat la menguji kesabaran.. wakakaka...


saya nak balik ampang jumpa mama ika.. tolonggggggg la saya...

boringgg .... nak wat mogok lapar laaa


tapi sekarang dia dah tinggi sikit tau

semalam aku geram ... aku telah mandikan (merendam) dia .. aku masukkan dia dalam baldi dan aku pancitkan air kat dia .. maka berenang-renang la member tu lam baldi . kejam kan aku .. wakakaka... dan hasilnye

KUYUPPP .. baru lah bersih dan wangi... tapi cuak jugak yek .. lepas dah bersihkan dia tu setiap minit aku gi jengah dia takut tak pasal-pasal innalillah pulak kang... baru lah aku akan rasa bersalah seumur idup

AUSSIE DI CHINA???

Boss aku baru balik dari bercuti-cuti Malaysia (di negeri orang putih) ... so dia belikan lah aku souvenir ni....

mari kita tengok ape kat dalam kotak ni....

oooo.... rupa nye keychain dan key holder.... pandai boss .. i lioke.... dia memang tahu aku pengumpul keychain yang berjaya... ahakkk......

tapi.....

lihat gambar di atas .... keychain Australia buat kat negara China daaaa... hadoiyai... ingat kan ade bau matsalleh rupenye ade jugak bau cinapek ... wakakakaka... lain kali buang la stiker MADE IN CHINA tu kan... hadoiyaiii

ape-ape pun.......... terima kasih banyak-banyak Encik Boss ... kalau gi jalan tak pernah lupa nak belikan aku adiah... sangat-sangat aku hargai ..... i lioke... jasa mu ku kenang ... ahakkkkkk

Tuesday, June 16, 2009

MAK TAK SIHAT

semalam lepas kerje kami lakibini rush balik ampang kejap... mak tak sihat ... ikut kata ika mak tak larat nak bangun sebab pening semakin menjadik-jadik kebelakangan ni... bangun pagi sampai berpimpin-pimpin gi toilet... eeemmmm .. hukk hukkk.. eeemmm penyakit vertigo ni memang tak de ubat nye.. tak tahu aku nak tolong mak cam mane.. ubat moden dah .. ubat tradisional pun dah cuba tapi .. tu lahhhh... dugaan orang lain-lain kan... kesian dengar dia menangis kat tipon pagi tadik...


masa call dia pagi tadi .. dia cakap "agak nya ... umur mak..." .... "hissshhhh" .. cepat-cepat aku potong cakap dia... malas nak layan dia punya fantasi sebab aku lom bersedia lagi.. hukk hukkk....


mengingatkan diri sendiri.. berkhidmat lah untuk mak selagi dia masih ada... hukk hukkk...


semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala... hukk hukkkk





p/s - jangan lupa yek mintak maaf ngan mak kita mane la tau ade dosa-dosa yang kita buat lepas-lepas yg terlepas pandang.... huk hukkk .. emo lak aku petang ni .. hukk hukkkkk... aku tua-tua esok camne yek....

Monday, June 15, 2009

I CAN'T BELIEVE IT!!!!!

Ika dah pakai jilbab a.k.a tudung ... eeemmm ..


betui ke ka??? aku dah nak pengsan ni.... larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Thursday, June 11, 2009

AKSI MAKAN

masa kat restoran puteri hari tu ... sempat aku tangkap gambar aksi makan si zarif... macam-macam gelagat si kecik tu tau.... nak gelak pun ade jugak....



pengan tangan dia.. kalau tak ditepis nye sudu tu

masuk jek makanan lam mulut .. dia wat muka lawak dia
"tak besh la makanan ni .. kita nak pizza"


uuuweeeekkkkkkkkkkk


"telan jugak la kang kena penampar lak kang"


bila bagi air ... dia gigit sudu tu ... so notti kann???



eeemmmm ... menumpang kasih anak org .. itu lah aku...

Wednesday, June 10, 2009

CELEBRATING FIL'S BIRTHDAY

Hujung minggu lepas memang minggu makan sedonia... malam sebelum tu ade BBQ kat rumah ampang... dan ahad pulak BIL call ajak celebrate birtday encik Raslan kat Restoran Puteri... ala restoran rubiah superman tu... tapi bukan kat bangsar.. yang kat Ara Damansara... iye ke kat situ?? lebih kurang lah tu...


makanan nye buffet masakan melayu .. RM 29++ per person... my first time there ... ok laaa... tempat nye cantik tersorok sikit .. tak sesak (kesokaan encik suami lah ni kan)... makanan nye eeemmmm... ok lah.. malaysian cuisine ... antaranya masak asam tempoyak ikan patin (my fav), masak asam pedas melaka, ayam merah, kari ayam, ikan sweet-sour, paru berlada, gulai lemak kuning, kerabu mangga, kerabu perut, sambal belacan, ulam-ulaman, mee soto, laksa johor, sup cendawan .. emmm lagi ape yek ..

dessert pulak ... ade pengat pisang, serawa durian, pulut untuk makan ngan serawa durian, lompat tikam, kuih talam, kuih seri muka, sogo gula melaka dan buah-buahan...

air... coffee or tea...

ni lah FIL aku ... besday dia sama ngan agong...

anak buah aku yang sentiasa gumbira bila tengok org ambik gambar dia

my biras

Encik suami ngan adik dia interframe kat belakang FIL


lompat tikam


ibu mertuaku...

serawa durian ngan pulut .. sedap nyeeeeeeee....



aku makan sikit jek sebab dah kenyang makan breakfast yang banyak.. menyesal makan breakfast pagi tu tau... yang banyak aku makan ialah serawa durian dan balik tu macam nak pengsan aku tahan muntah sebab kenyang sangat-sangat.... uuwwaaa.... tu lah sape suruh makan banyak-banyak....

untuk abah mertuaku... selamat hari jadi yang ke-?? ... aiiyooooo aku lupa nak tanya.... semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesiahatan yang baik sepanjang hayat... aminnn

Tuesday, June 9, 2009

LETRIK SEPARUH

pelik bin ajaib .......tah ape kejadah tah ... opis aku ni separuh ade letrik.. separuh lagi tak de letrik...

dalam ruangan aku duduk ni

- ada 3 PC dan dari 3 PC yang ade kat sini... 2 jek yang berfungsi....

- lampu kat ruangan aku duduk ni padam (gelap) tapi bilik boss ok jek terang benderang

- ada 2 aircond tapi satu ok .. satu lagi padam (bilik boss ok jek)


Opis bawah pun sama... separuh ada separuh tak de.... keliru... keliruuuuu


TNB ni pun satu .. nak padam... padam kan lah semua.... leh balik cepat kann ....

eeemmm nampaknye tak de alasan nak mintak balik awal ni.... walaupun dalam keadaan separa gelap dan separa sejuk

BBQ

sabtu lepas kita adik beradik buat BBQ ... untuk celebration birthday bulan may... maklum bulan May ada ramai yang celebrate birtday - encik suami (2/5), abah (12/5) dan along (28/5) ... kali ni dua org sepupu aku join.. jadik meriah lah majlis kita orang ni ... maklum adik beradik tak ramai kannn .. cam biasalah kami adik beradik ambik satu dua menu untuk acara BBQ ni...

along - nasik goreng kampung dan nasik goreng cina berserta kek coklat (beli), air gas dan aiskrim

dekna - rib, hotdog, salad, apple crumble dan chocolate puding

aku - ayam, kambing, seafood, jagung

ika - dimaafkan sebab lom ade pendapatan ... wakakakaka...


sebenarnya sepupu aku datang nak tolong aku design bekas bunga telur dia... one of them nak kawin ujung tahun ni .. tapi nan ado yek... lebih burak dari buat kerje maka aku tutup jek kilang bunga telur dan terus jek bukak table BBQ .. buleh????

hampir keciwa bila ujan turun dekat-dekat kul 7 tapi berenti beberape minit lepas tu... maka encik suami dan 2 sepupu itu telah menarik dan menyorong tempat pembakaran kejap ke tempat berbumbung ... kejap ke luar ... agak2 dalam 3 kali jugak lah ... dan macam peniaga haram kena kejar DBKL lagak nye... wakakakakaka .. jangan marah encik suami dan sepupu ku - jasamu ku kenang

encik suami yang gigih mengidupkan bahan bakar... dibantu oleh 2 org sepupu aku ... aku??? sibuk cocok hotdog dan seafood kat skewer







kalau buat BBQ ni adalah lebih baik dibuat di kawasan yang terbuka yek .. bakar dan makan di tempat yang sama .. baru lah ade bau asap badan tu .... dan terasa keCOWBOYan nye ... buleh???... maka open table lah malam tu kan kat belakang umah parent aku ni... nak wat kat area depan rumah segan lah pulak ... kang ade pulak manusia-manusia yang terliur tengok dan termakan asap


org kuat ni.. kuat makan... wakakakaka...acah jek... dari awal dok depan api tau dorang ni


geng bas sekolah

jemput makan


lebih kurang 15minit sebelum kul 12 baru kita orang masuk lam rumah .. itu pun lepas kena sound ngan abah "masuk-masuk... tak baik berembun .. korang tak biasa kat belakang tu" .. horror jek bila abah cakap camgitu kan ... "alahhhh relek lah bah... the night is still young"

esok nye ... kerje aku dan along menyental tempat BBQ tu, simpan krosi meja dan kemas kawasan belakang tu .. time buat best ooo.. time mengemas azab... wakakaka... tak pe lah selagi aku kuat dan muda insyallah aku akan buat BBQ ni .. sok-sok dah tua sure malas kan.... biarkan jek laaaaaaaaaaa

Wednesday, June 3, 2009

BAGAN LALANG LAGI

kali ni kita layan gambar yang sempat aku tembak kat Bagan Lalang hari tu..... sedap mata memandang tatkala melayan matahari terbenam... eeemmmmm layaaaaaaannnn








kat Bagan lalang ni nanti akan ade Sepang Gold Coast ala-ala Dubai Palm kat arab nun... tapi bukan nye menambak tanah laut cam kat arab tu .. dia wat style rumah dalam air gitu... cam best lah pulak kan kalau cuti-cuti malaysia kat situ nanti... kita tunggu jek la sampai menda tu siap 100% dan reramai kita gi choti-choti malaysia kat di sinun.. haa jangan lupa layan seafood yek ...

nampak tak yang memanjang tu... cam rumah dalam air tu .. itu lah Sepang Palm



ni la Sepang Gold Coast yg ala-ala Dubai Palm - cilok dari (jap kena carik balik)
yang ni pulak tak sedap dipandang yekkkk..... ni pemandangan dari meja makan aku hari tu yekk.... agaknye kawasan ni duluk tempat penempatan orang kot maka ade lah rumah-rumah kat tepi pantai tu kann.... agak nye masa robohkan rumah tu tak sempat nak roboh kan jamban .. agaknye ade sentimental value kot jamban tu ... agak nye laaaaa .... mencacatkan permandangan jek... tapi bila gelap malam tak nampak pulak... tatkala siang jek nampak nye... wakakakakaka

layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

SEAFOOD AT BAGAN LALANG

Jumaat lepas (29.05.2009) encik suami dan kekawan seopis pakat-pakat makan-makan kat Bagan Lalang... aku rasa dah bertahun-tahun dorang ni merancang tapi harem jadik nye... tapi kali ni jadik betul.... last kita orang makan kat situ 2 tahun lepas untuk sesi berbuka pose....

tempat pilihan tetap tempat yang sama... tapi korang jangan tanya ape nama restoran ni yek.. aku tak tahu.. tah kenape aku tak pernah ambik tahu... kat area pantai tu ade beberape restoran seafood tapi cuma resto ni jek yg cam ade jeti cam ala-ala restoran terapung gitu... nampak air laut diantara papan-papan lantai gitu.. gitu lah dramatik nye tempat ni... wakakaka.. hadoiyai tak pandai aku nak explain

kali ni pesertanye agak ramai ... dedulu kita orang sambung 2 meja jek.. tapi kali ni 3 meja (yang sepatutnya 4 yek.. tak muat tu) ...





antara peserta yang sampai awal ... layan sunset
Sessi memilih ikan, udang & sotong



so masakan dan makanan pilihan .... ikan cencaru bakar, ikan siakap tiga rasa, ikan siakap steam, sotong goreng tepung, udang sambal, pahat masak lada, tomyam, telur dadar dan air buah-buahan berjug-jug ....



pahat (ala-ala siput panjang2 macam straw) masak lada



makan time... wait! kena tunggu atoi & family dulu... lambat tau dorang sampai

nilah project managernye... Encik Asri... pening bila tengok terover budget .... waakakaka


image selepas makan... memasing tayang perut.... tersandar kekenyangan

keseluruhan ... makanan nye sedap... cuma kita orang ade order kerang rebus tapi tak sampai-sampai... elok lah jugak... sume dah kekenyangan cam ulaq sawa... wakakakaka ... sebelum balik aku sempat singgah kedai ikan tepi-tepi carpark tu ... sambar ikan, udang & sotong fresh-fresh untuk ujung minggu .... waaalllaaaaa... syokkkkk