dapat info dari sini
Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih
banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak
mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan
dari keperluan badan mereka.
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh
membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil
keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8
gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh
mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.
Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang
menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh
merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas
seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak
mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma.
Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.
Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan?
Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah
isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung
dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air
berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggil
glomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan
cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama
elektrolit.
Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit
dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan
menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku
dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan
gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.
Berapa banyak air yang diperlukan?
Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada
banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan
persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah
tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang
lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub
utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.
6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak
semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk
seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya
menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air
apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan
mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa
makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien
dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.
**Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa
kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan
pemeriksaan segera.
No comments:
Post a Comment