Friday, April 1, 2011

TEATER LAT

31.03.2011



berjaya... berjaya gi tengok lat .... beramai-ramai secara berjemaah lak tu .. ade wati, kakak, along, encik suami, naki (kawan along) ngan suami nye dan dila (kawan wati) ..



secara haramnye aku telah kuar opis awal .. kul 5 jek.. tak de lah awal sangat... jalan adelah sangat baik dan tidak jam .. bagus kerje sama yang sangat baik ... dan kami sampai IB kol 6:20 ptg .. awalkan... pedulikkkkk.....



tak lama lepas tu kakak lak datang ... dia pun kuar opis awal tapi secara halal... hihihihihihi...



pastu berkumpul beramai-ramai kat kedai makan seberang IB pekena kiew tiau goreng special... syokkkk....




kul 8 gi ke IB semula loceng pun dah bunyik suruh masuk .... keseluruhan cite adalah ok... kisah pasal Datuk Mohamad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.... meh tengok sinopsis yang aku chilok kat sini






Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya. Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak ‘kota’ yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.



Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, ‘Sunat’ diterbitkan dalam Asia Magazine. Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya. “Scenes of a Malaysian Life” dan “The Kampung Boy” karya Lat pula menyusul kemudiannya. Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti. Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.









masa ini saya pergi melabur.. tiba-tiba sakit pewut dan sakit kepala.. hilang mood...








aksi manje sikit



ni dia barisan pelakon yang turun padang sign autograf... dari kiri: Pushpa Narayan, Douglas Lim, Awie, tak tahu nama (budak yg lakonkan watak lat kecik), Atilia, Sandra Sodhy (Mrs Hew)










balik dari IB kitorang singgah kedai mamak kat ampang .. pekena bombay toast & teh tarik... ngan kakak, along dan encik suami

No comments: