Tuesday, May 26, 2009

JALAN2 CARIK MAKAN

kerana rancangan Jalan-jalan cari makan kat TV3 ahad lepas... aku ngan encik suami telah dengan gigih nye menanam azam untuk pergi salah satu restoran yang mereka suggest .. nama restoran tu Restoran Victory ... restoran ni famous kat singapore ... sajian yang famous ialah sup tulang merah, murtabak singapore dan kacang pool....


maka disatu hari yang berbahagia, kami laki-bini pun gi lah makan kat situ... tak jauh dari opis aku ... kat USJ Taipan jek... so menu yang kita org berdua order adalah seperti di bawah :

murtabak singapura - size XS


sepinggan Kacang pool dengan roti perancis




komen.... sedap dan buleh diterima kat tekak aku ni... kacang pool macam rasa bake bean ... tak pedas dan kenyang untuk satu hidangan .. harga tidak lah mahal... dalam RM5 + jek rasanye....


mane kala murtabak singapura ni rasa macam roti telur yang garing letak daging cincang yang telah dimasak hingga kering ... sedap.. tekak aku pun leh terima menda ni... murtabak ni ada beberape saiz dari XS ke XXL .. harga berbeza ikut saiz dan yang kami order size XS ... itu pun leh makan 2 org tau... kalau saiz XXL tu leh makan reramai macam makan nasik ambang.... hihihihi


next time nak try nasik briyani dan sup tulang merah pulak... tapi takut lak aku tengok sup tulang tu kaler merah semacam... eeemmmm....


so kepada korang yang nak makan lain dari yang lain .. dan agak berbudget ... leh lah try resto ni... terletak dekat2 ngan Masjid Al-Falah USJ Taipan...

2 comments:

ZM said...

anyah...bawalah daku pergi ke tempat itu...nampak best sangat...

Farah said...

jom aaaa....

satu hari yang berbahagia jom gi makan...

ko turun la USJ