Thursday, March 26, 2009

IKHLAS TAPI JAUH

Last friday 20.03.2009 .. the whole of USJ 19, 20, 21 black out... dari pagi tau... sampai kul 1:30pm still bergelap jugak.. dah lah panas.. nak gi toilet pun tak berani sebab toilet opis ni gelap pekat kalau tak de letrik.... aku pun ape lagi, memandangkan Encik Suami bercuti aku pun cepat-cepat text Mr.Boss beritau aku dah tak tahan bergelap dan panas dalam opis ni... Mr. Boss di Bandung kala itu... maka Mr. Boss telah memberi pelepasan untuk aku balik... alhamdulillahhh ..


lepas jumaat Encik Suami jemput aku dan ajak aku gi jalan-jalan .. best nyeeee jalan-jalan dating-dating gitu.... so Encik Suami bawak aku gi The Mines.. dia kata nak carik handphone murah-murah sebab handphone satu lagi tu telah dihantar repair....


while we having our lunch (lunch at 3pm.. huk hukkk) datang lah satu makhluk Allah ni... time ni lah adegan IKHLAS TAPI JAUH bermula...... hamba Allah ni datang mintak derma... dia ni mewakili satu Badan NGO yang berpejabat di Ampang bla bla bla.. so derma-derma ni disalurkan untuk anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, fakir miskin bla,bla bla... itu lah yang diberitau kepada kami berdua yang baru nak menyuap suapan pertama ke mulut.....


pastu aku tanya .... "derma seikhlas hati kan?" .. pastu hamba Allah tu beritau semua derma telah di fixed kan sebanyak RM10.00 .... DITETAPKAN diulang yek DITETAPKAN sebanyak RM10.00 ...


uuiiittt ni dah jadik BUKAN seikhlas hati ni .... ni dah jatuh kes tak ikhlas dan lebih kepada paksaan .... dengan muka sengal tahap dewa Encik Suami telah memberi hamba Allah tu note RM10.00 kaler merah dan at the same time Encik Suami telah menceramah sikit Hamba Allah tu... "ni abang nak mintak adik tolong cakap kat persatuaan adik yek.. lain kali kalau nak mintak derma jangan fixed kan jumlah... tak semua orang mampu nak bagi RM10.00 sebagai derma.... RM10.00 besar nilai nye pada orang yang tidak ada pendapatan tetap tau dan kala2 tengah2 bulan camgini tau" .... aku tak cakap banyak tapi aku senyum jek... aku tahu Encik Suami bengang ... maklum perut lapar...



betul jugak cakap Encik Suami aku tu... tak semua orang mampu untuk mengeluarkan note RM10 sebagai derma.... ini bukan derma tetapi ini paksa ... cuba lah pecah-pecahkan corak derma tu dan start dari nilai serendah RM1.00 .... baru lah nampak tak de nilai paksaan dalam meminta derma.... lagi satu mereka-mereka ini harus lah memikirkan cara lain untuk mengutip derma .. jangan lah kala orang nak menyuap time tu datang menghulur tangan ... kami yang nak makan ni jadik serba salah .. nak kasik salah tak nak kasik pun salah... contoh-contoh yang aku leh senaraikan macam orang buta jual tisu kat R&R, adik-adik rumah anak yatim jual kalender, jual kismis minda la dan anak-anak bangla yang tah dari mane datang nye mereka ini.....entah lahhhhh .. ini cuma pendapat aku jek



diakhir adegan ikhlas tapi jauh tu, hamba Allah ni tadik bagi kami sticker untuk letak kat cermin kereta sebagai hadiah sumbangan derma RM10.00 tu... (sticker??? emmm) pastu Encik Suami tanya lagi "ni leh Tax Exemption ke ni?" .. adik tu ngan bangga nye cakap "tak leh bang.." ... eeemmmm... nasib lah kann...


wakakakaka ... nak gelak jugak aku mengenangkan kisah drama sebabak Ikhlas tapi Jauh ni... tak tahu lah sama ada kami ini kategori kedekut atau memang derma itu satu paksaan... bak kata Nabil raja lawak "lu fikir lah sendiri"

2 comments:

ZM said...

wahhh...kawasan kau ni dah kira earth hour awallah ye???? cemerlang...cemerlang...

berkenaan dengan derma tu, memang kadang2 irritating sangat especially time kita tengah nak menyuap. dahlah tu siap tetapkan lagi amount.

Itu belum lagi makcik jual kerepek. Datang2 aje terus keluarkan kerepek2 dari plastik bag besar dia tu...Tak beli salah, nak beli pun salah...

Bagus jugak kau highlight kat budak tu...

Farah said...

a'ah yek.. earth hour aku terawal 8 hari.... dah pulak tu bukan nye satu jam .. berjam-jam bergelap dan berpanas-panasan lam opis tauuu



memang pun.. entah la.. aku ni kategori kedekut kot.. tu yang aku rasa RM10 tu terlalu banyak untuk dikuarkan pada satu masa