Day 3 @Doha - 22.10.2012
hari ni kami merancang nak gi Museum of Islamic Art di Doha ni ... kalau baca kat internet pun ramai yang suggest gi kat sini... memandangkan waktu kami keluar tu muzium belum bukak lagi, taxi driver tu suggest kitorang ke The Pearl
The Pearl - The Pearl-Qatar in Doha, Qatar is an artificial island spanning nearly four million square metres. It is the first land in Qatar to be available for freehold ownership by foreign nationals. - Source : Google
kira-kira macam pulau buatan ... memang cantik... letak di tepi pantai ade yacht parking macam parking kereta.. perhhh kaya arab-arab kat sana... kitorang sempat ambik gambar ajek la... nak shopping nak beli ape pun??? tau tak kedai ape yang ade kat situ ?? ... Hermès, John Galliano, Just Cavalli, Kipling, Loro Piana, Love Moschino, Roberto Cavalli, Salvatore Ferragamo, Vera Wang, Gucci ... dan ada kedai yang tak mungkin aku mampu beli seumur hidup aku iaitu Ferrari dan Maserati .. :D .. melihat dari kejauhan jek la... gitu
shopping complex lain yang berhampiran dengan The Pearl ialah LandMark... tapi kitorang tak singgah pun ... malas ... terus suruh taxi driver hantar ke muzium je lah ...
|
The Pearl |
|
makan dalam |
|
The Landmark |
Muzium kat sini sangat lah jauh beza dengan muzium kat malaysia ye anak-anak ... a must place to visit ... dari luar dah rasa kagum dengan hasil seni bina muzium ni ... muzium ni mengadap bandar lama Doha ... dikelilingi laut... macam bangunan terapung atas air ... perh cantik .. dengan kapal-kapal kat tepi-tepi muzium ni ... perhhh...
|
Museum of Islamic Art |
|
Muzium ini mengadap bandar lama doha |
kalau luar cantik, bahagian dalam tak payah cerita lah ... sangat cantik dan sangat berseni ... muzium ni ada 4 tingkat ... ground floor ada cafe yang mengadap laut ... waduhhhh jatuh cinta aku tengok interior kat dalam tu ... tiba-tiba nak deco rumah style muzium doha... hahahahahha
tapi yang paling penting ... masuk adalah PERCUMA .. FREE...
|
muzium empat tingkat |
|
bumbung pun seni |
|
4th Floor .. belakang tu laut |
|
cafe tepi laut dalam muzium |
|
view from 4th floor |
|
Ummul Kitab
dari yang seawal-awal dan yang kecik |
|
accessories |
|
accessories
yg bentuk ikan tu ialah tempat letak wangian |
|
carpet |
|
ini batu nisan
batu ni setinggi dan sebesar aku |
|
Sijil Haji - panjangnye |
|
bila si pendek nak cuba ambik gambar dibelakang rantai
tak menjadi |
|
see Along... takpelah dia tinggi |
|
"Timah Dulang" |
|
main entrance |
dalam kul 2 kitorang balik semula ke Hotel ... kena tunggu dekna balik kursus pulak ... tapi sebelum tu kitorang singgah family food centre beli lunch ... tapi sekali time nak balik hotel teksi takde lah pulak ... nak menapak hari teramat panas .. nak tak nak kena jugak menapak separuh jalan then baru jumpa teksi .. nak tau kat mane kami dapat teksi ... masa trafic light merah ade teksi kosong .. time nak naik tu pulak trafic light bertukar ijau .. bayangkan lah dah macam charlie chaplin kelam kabut kaedah nye ... kena hon lagi ngan kereta belakang .. hahahahaha
dalam kul 3:30pm .. kitorang decided nak ke Souq .. membeli belah .. sebab esok ade sehari lagi di Doha .. elok lah kalau nak membeli belah pulak dan dah start buleh packing ... kali ni habis semua perosok souq tu kitorang jalan .... beli ape yang patut sahaja .. sikit untuk diri sendiri, family and friend...
apa yang perlu korang tahu ialah barang-barang di Doha a lil bit pricey .. walau pun pertukaran duit adalah malaysia lagi besar tapi kita tak leh dapat barang dengan harga QR 1 ... semua barang aku tengok bermula dengan QR10 (RM 8.60) ... fridge magnet buruk2 pun harga QR10 ... kacang-kacang dan halwa pulak 1kg = QR50 ... baju bajan pulak untuk abaya .. sehelai yang plain OR100 .. yang ade sulam sikit jek harga bermula dari QR130... yang lebih cantik-cantik merelip-relip boleh mencerah QR1500 sehelai ... bab pakaian mengikut kata kawan aku, Dubai lagi murah dan lagi banyak pilihan
**(QR1 = RM0.86)
Kami dinner di Souq di restoran yang sama hari pertama kami sampai ... tapi kali ni kami order nasi lain pulak .. nasi maqlubah beli satu bahagian with additional rice ... nah ko! nasi pulak melambak ... hadoiyaiii... additional rice tu bukan semangkuk tau tapi sepinggan besar ... sudah nye kami tapau nasi tu bawak balik
|
Falcon Souq |
|
kedai ni jual dan buat Halwa dan manisan |
|
kat tengah tu Molas - dia rakyat Sudan
bapa dia lecture kat Malaysia .. dia dah stay malaysia lebih 20 tahun
sekarang bekerja kat Doha .. dia rindu malaysia |
|
di kedai kopi |
|
pak arab yg berjubah tu lah skandal along
dia bagi along diskaun kaw2 punye .. dan hari terakhir
kitorang memborong kat dia dapat unta percuma |
|
jubah kaum adam |
|
lapar dan penat |
|
nasi maqlubah |
balik ke hotel dah pukul 11:30pm ... waktu malaysia dah kul 4:30am ... peh berjalan sampai pagi .. hiihihiiihi .. letak barang ketepi dan terus mandi dan tido ...
tomorrow our lastday at Doha .... saya rindu malaysia
No comments:
Post a Comment