Wednesday, November 7, 2012

ABOUT DOHA (untuk traveller cam aku)

Doha ialah ibu negara Qatar.. yang sedang pesat membangun ... bandarayanya banyak bangunan yang tinggi-tinggi, cantik-cantik dengan moden design dan kalau sesiapa yang suka photografi atau pun yang sedang belajar seni binaan suka lah kot tempat-tempat yang cama gini ... dlaam masa 10tahun lagi doha akan jadi lebih cantik dari ini mungkin


kat bawah ni sengaja aku tulis berkenaan Doha yang patut dan tak patut di lakukan. untuk rujukkan masa hadapan
  1. Visa untuk masuk ke Doha, Qatar dibuat sewaktu kita stamp passport di kaunter Imigresen. Harga visa untuk ke Qatar ialah QR100 (RM 86) dan HANYA boleh dibayar dengan mengunakan CREDIT CARD SAHAJA. Tunai/ Cash tidak diterima. Tapi sesiapa yang tidak ada credit card ada alternatif lain dimana kita haruslah memohon untuk buat debit card di QNB bank dengan harga QR120 (RM103.20). Kelulusan serta-merta. Dan kaunter permohonan ada ditepi kaunter kastam.
  2. Sediakan budget yang lebih untuk pengangkutan awam kerana pengangkutan awam yang paling banyak digunakan ialah teksi. Tambang teksi adalah MAHAL walaupun petrol di Doha ni murah. Setiap teksi yang bermula dari hotel tempat kita menginap bermula dari QR25.00 (RM21.50). Untuk tambang dalam lebih kurang 4km harga tambang boleh mencecah hingga QR 45++. Hairan negara pengeluar minyak tapi tambang teksi sangat tidak berpatutan. Patut disediakan MRT atau perbanyak kan lagi penggangkutan awam yang lain contoh bas.  
  3. Masuk aje teksi minta pemandu tu mengunakan meter. Teksi yang popular di Doha ialah teksi kaler turquoise nama Karwa.
  4. Barang-barang adalah mahal dari segi harga. Satu biji Fridge Magnet bermula dari harga QR10. Bargain kalau beli dalam kauntiti yang banyak untuk dapat harga yang lebih menarik.
  5. Jangan sekali-kali ambil gambar tak tentu hala ye!!!. aku pernah kena sound dengan seorang perempuan arab yang tuduh aku ambil gambar dia sedangkan aku sedang ambik gambar permandangan kat situ. Annoying dan perasan. Sapa tah nak ambik gambar dia tak berwajah bertutup litup macam antu bungkus tu entah ...  
  6. Wanita-wanita arab disana adalah sangat sombong. Ini kerana kebanyakkan orang asia yang datang ke doha untuk bekerja sebagai orang gaji, pekerja bahagian pembersihan, assistant di mall2 dan kuli. Maka, pelancong dari asia terutama Malaysia dan Indonesia dianggap sebagai orang gajian atau kuli padahal kami datang adalah untuk tujuan melancong. Mereka akan pandang kita dari hujung rambut hingga hujung kaki macam kita ni hamba abdi yang lari dari rumah tuannya... sangat tak suka suasana ini terutama masa kami bershopping di Villaggio. Abaikan.
  7. Crime Rate di Doha sangat rendah. Jadi tak perlu risau kalau nak berjalan seorang diri atau naik teksi tak berdaftar/ kereta sapu. Untuk berjalan di Mall atau souq sendirian pun adalah selamat.
  8. Kalau musim panas jangan jalan ditengahari sebab orang akan anggap kita ni gila. Ape kejadahnye berjalan tengah panas kan. Sebaiknye naik lah teksi.
  9. Kebanyakkan store assistant di mall adalah dari Filipina. Bahasa memang tak jadi masalah sebab dorang akan gunakan english language ketika berjual-beli. Memang terasa keManilaan bila berjalan dalam Mall kat sana. Macam rasa pergi salah negara. hihihihihi.
  10. Bab makanan memang tak perlu risau. Makanan halal adalah  sangat senang untuk didapati. Maklum Islamic Country.
  11. Tandas-tandas awam sangat bersih dan wangi walaupun kita berada di shopping mall bertaraf The Store. Ini sangat patut dicontohi oleh rakyat malaysia. 
  12. Bab telekomunikasi pulak. Sangat susah untuk mendapat free WiFi tak macam di Malaysia. Dihotel tempat kami tinggal, untuk mengunakan Wifi di bilik hotel dikenakan bayaran QR30 untuk satu jam dan QR50 untuk sehari. Jadi, anda di nasihatkan untuk membeli prepaid sim card yang baru. Waktu kami pergi harga satu pack sim card yang baru ialah QR50.
Tempat menarik untuk dilawati :-

Katara Cultural Village 





Islamic Art Museum




Souq Waqif






The Pearl





The Villaggio






The Corniche






Shopping-Shopping Mall





Inland Sea 
(Adventure di Gurun - harga dalam US$340 per person ... kami tak buat menda ni)

Source: Google.com

Half Day Desert Safari to Inland Desert Safari 
A trip to the inland sea, in the middle of the desert, is a splendid way to spend the day. Our private tours are half-day desert safari, full day desert safari and overnight desert safari and all tours are custom designed to your timeframe, needs and budget. The desert safari is probably one of the most unusual tours where you will discover some unforgettable landscapes of the mysterious desert. Desert safari is undertaken in an adequately equipped 4 WD vehicles by equally talented Qatari guides.Our camps are equipped with Bedouin style tents, carpeted with traditional seating, separate wash room/toilet for ladies and gents and sweet water for shower. Water and soft drinks are served in all of the tours.

Time : 9:00am-1:00pm ‘or’ 2:00pm–6:00pm
Refreshment : Mineral water and soft drinks
Additional Activity : Camel ride

You will be picked up from your designated pick up point and driven 75 km south of Doha with a brief stop at Sealine Beach Resort, Measaeed. This is where we abandon the tarmac for the sand dunes; our professional drivers will deflate the tyres to make the vehicle ready for the dune bashing and your breathtaking roller-coaster drive across the desert and over the sand dunes begins. There are different paths through the dunes, from an extreme ride – fast and bumpy to a smooth and casual route. The drive will take you to the the marvels of the inland sea (Khor al Udied) near the Qatar-Saudi Arabian border and back. There will be two stops during the journey for taking pictures. And if time permits you will be taken to our camp site.

1 comment:

Unknown said...

Salam kami singgah di foha transit.tapi ambil yg long transit 19 jam.so kami nak keluar jalan2 dalam masa lebih kurang 5 jam .apa naaihat puan berbaloi ke keluar dgn waktu singkat ini?