Sunday, October 16, 2011

CUTI-CUTI - KOTA KINABALU DAY 3


Gunung Kinabalu in the morning

Hari ni hari terakhir di Ranau .... rombongan cik kiah akan naik bas ronda-ronda kawasan menarik berhampiran ranau, pastu ke kundasang dan terus ke Kota Kinabalu

hotel kitorang kat atas kedai makan cina tu ..

mula-mula kul 7:30 pg bas dah bertolak ke Slagun untuk breakfast... lepas breakfast bas bawak kitorang ke Kampung Luanti dalam 30 minit perjalanan kot... kat kampung Luanti ni ada sungai yang ada ikan makan kaki cam kat shopping-shopping mall tu ... bukan makan sume kaki kita .. tapi yang makan kulit-kulit mati kat kaki tu ... tapi oleh kerana ikan ni dok kat dalam sungai dan katogeri hewan liar .. makanya ikan tu adalah sangat besar dari yang pernah korang tengok dalam kolam kat shopping2 tu ... besar lengan aku tau

Entrance Fee cuma RM 5 ... 
(sila simpan tiket ini ... sebab nanti kat Kinabalu Park boleh pakai tiket yang sama ... tak payah bayar 2X .. membazir)



lihat lah ikan-ikan nye... mak datok besar nye

besar kan ... goreng pun sodap ni ... tapi
uuwwweeekkk ikan ini makan kulit mati di KAKI

berani berani takut



lepas 45 minit kat situ ... kitorang pun bertolak ke Poring Hot Spring ... travelling period is about 10 minute .. Di Poring ni ada kolam air panas... mengikut bacaan aku lah kan.. kolam air panas kat sini ade garam sulfar yang katanya mampu untuk menyegarkan badan dan menghilangkan sakit-sakit sendi ... tapi kaedahnye kitorang ade masa 30 minit jek untuk beramas mesra ngan air panas kat situ .... selain tu kat Poring ni ada Canopy Walk ... aktiviti berjalan di jambatan ganting sejauh lebih kurang 150meter ... ketinggian lebih kurang 40 meter ... pehhhh tinggi tu ... ada orang cakap kita leh tengok pucuk pokok yang tua kat hutan situ ... tapi oleh kerana tak de masa .. kitorang pun tak buat la aktiviti tu .. kalau ada masa korang rasa aku nak naik??? ...

jawapan nye... NAN ADOOOO... mak gayat noksss.... ahakkkk . lebih baik mak mandi seksi-seksi kat kolam air panas tu ... tentunye hilang sakit-sakit sendi mak ... hahahahaha...

Entrance fee adalah RM 3.00 untuk dewasa ... Free untuk pesara dan orang tua berumur 60 thn ke atas

kat parking.. Poring Hot Spring 



pandangan kat sini super cantik... aku pun test la skill menembak aku ... hiihihihi

kat belakang tu ade kolam untuk orang berendam

rendam kaki pun nak posing... 

bahagian rendam-rendam kaki

bahagian kolam-kolam berendam ...
buleh takung air paras dada
so .. next time aku sure akan ke sini lagi untuk berendam pulak... dan canopy walk (berani kah?)

Remarks untuk aku next time :-

  • Entrance Fee RM3.00
  • Bawak baju yang bersesuaian untuk mandi
  • Datang awal kalau nak Canopy Walk
  • Cabar diri bermesra ngan ikan makan kaki

No comments: