Tuesday, January 22, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR




Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, January 9, 2013

MENG 'CARI'.COM.MY

tu hari aku cakap kat along... dah lama tak lepak kat cari.com.my macam dulu-dulu ... dulu segala info baik gossip, isu semasa dan kisah-kisah antu semua di hujung kuku ... berita belom kuar kat paper aku dah baca dan dah tau conclusion ... tapi kini lepas ade FB aku lepak kat FB jek .. tahun 2013 aku nak kembali ke forum ....

dan sekarang ... aku tengah gigih maraton cerita-cerita mesteri, paranormal & supernatural ... hahahahaha... hingga aku lupa nak update blog...

nanti la ye .. tengah busy bebenau ni ... 

jom cari.com.my....


Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

sekejap jek dah masuk tahun baru ...

ini bermakna berkurang la umur kita ... berkurang la jugak kemampuan/ kekuatan fizikal kita... eeemmmm ... itu lah hidup 

sejak dah tua-tua ni cita-cita tahun baru aku dah di forwardkan ke tahun baru islam ... so aku akan renew aku punye resolution every maal hijrah ... hihiiihi... so cita-cita tahun baru 2013 dah renew masa maal hijrah 1434H yang lalu ... teruskan ajek la .. 

misi yang paling terhampir untuk dicapai untuk tahun 2013 ni ialah my sis wedding early February... yang lain-lain tu kemudian cite lah ye

kepada semua .... selamat bercuti ... enjoy your holiday .. mesti ramai yang cuti 31/12/2012 semalam kan sebab semalam kan isnin... hihihihihihi ... 

Source: google.com

Friday, December 28, 2012

PETUA DARI FB


benda yang baik .. elok lah kita amalkan dan sebar-sebarkan ... :D



Thursday, December 27, 2012

BIG BAD WOLF & THE HOBBIT

orang gi Big Bad Wolf .. aku pun Big Bad wolf jugakkkk!!

tak mahu kalah .. hahahahahha

pergi hari jumaat lepas balik kerje .... encik suami yg terdengkit2 tu pun nak hikut jugak ... bawak jugak dia gi ... tapi kena sabar lah sebab diakan berkaki tiga ... hahahahaha... 

terbarai ratusan jugak lah O.M.G

tak pe la buku punye pasal ... redho dan pasrah jek la




17.12.2012 ... lupa la... aku melayan The Hobbit ngan kakak, encik suami dan wati.... terubat rindu LOTR ....

yg pasti ade sambungan ... sila la tunggu tahun depan ... sbb Misi Membunuh Naga belum kesampaian lagi.. ahakkk


Wednesday, December 26, 2012

MESIN BASUH PULAK

hadoiyaiiii ... menda yang wajib ade di rumah ini pulak buat hal...

terpaksa la aku cuci baju bajan guna tangan ... OMGee ... berketul-ketul la badan aku sok ni ... sob sobbbb

hang suami ...cepat lah panggil org repair machine tu ... awok ni dah nak mengankat bendera putih surrender pun dah tak mampu ... ini kan pulak nak cuci baju guna tulang 4 kerat ni .... sambil mata kelip-kelip mintak simpati

sib baik berdua .. kalau berlima ke berenam ke ... harus aku bertukar menjadik ijau ...

from google image


wahai matahari .. bersinar la anda!!!
cemerlang tak gambar kain basuhan guna tangan aku ... dah lama aku meninggalkan kerja-kerja cuci kain guna tangan ni ... last masa jejaman itm tahun 90n dulu ye... sila ambil perhatian ...

Tuesday, December 25, 2012

BERKAKI TIGA

laki aku injured masa ada program kat Batang Kali 

ayat pertama yg kuar dari mulut aku masa gi jemput dia kat parking rumah aku "bang tuhari saya hantar awak berkaki dua ... apasal balik berkaki tiga ni"

sian pulak aku tengok dia ... terhencot-hencut... ngan tongkat kat ketiak


The next day 12.12.2012 .. aku mintak emergency leave sebab nak hantar dia follow-up kat HUKM... injury nye hanye lah muscle tear sahaja ... dan tak lah serious sangat ... dapat lah MC seminggu ... alhamdulillah ... 


sib baik tak teruk .. kalau takkkkk... mau meraung aku .... :((