Tuesday, August 6, 2013

RESIPI RENDANG IBU MERTUAKU

Aku nak kena simpan resipi ni... For future reference ... Style MIL agak berbeza sikit dari my mommy... MIL punye lebih simple than my mommy .. My mommy guna rempah baba's while my MIL tak guna langsung rempah.. Tp bahan-bahan yang diguna agak sama

Bahan-bahan:

1kg daging
5 ulas Bawang putih
20 ulas Bawang merah
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 btg Serai
Cili kering yang dah dibohkan (agak-agak pedasnye)
Minyak untuk menumis dalam 2 senduk
Gula melaka/ gula kabung (agak-agak jugak)
Garam
2 sudu besar Kerisik
1 keping Asam keping (boleh guna asam jawa)
Santan (2 biji kelapa)

Cara-cara

Potong daging saiz kuib

Kisar bahan-bahan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas (adalah digalakkan untuk tumbuk dulu lengkuas guna lesung.. Sebab keras dan tak lut dikisar)

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga terbit minyak

Lepas tu masukkan cili yang telah dikisar dan tumis lagi hingga nampak cili tu agak masak

Kemudian masukkan daging yang telah dipotong bersaiz kuib. Daging akan mengeluarkan air bila dimasak.. So kita kena tunggu hingga air daging tu mengering

Setelah itu masukkan santan, gula merah, garam, dan asam keping

Dan gaul-gaul kan hingga masak... Kalau nak style kering boleh biarkan ia lama atas api dan kalau rasa nak style basah-basah leh tutup api setelah agak2 terbit minyak



Siap masak leh hidang... Gambr selepas lupa nak ambik pulak sebab kitorang sibuk siap-siap nak ke paradigm...

Sekian la sesi berkongsi resipi dari dapur puan norlia di kelana jaya... Hingga berjumpa lagi ... Selamat hari raya

No comments: