Friday, May 3, 2013

SELAMAT MENGUNDI!!

Bersemangat pulak nak mengundi kali ni ...

kalau korang nak tau ... aku ni adalah pengundi atas pagar .. kiri tidak kanan pun tidak ... aku akan tunggu hari kejadian untuk aku tau keputusan aku siapakah yang aku akan pangkah ... yang pasti calon tu mesti la yang ISLAM ... bangsa jatuh nombor last dalam kiraan aku ... ahakkk

so kepada yang mengundi selamat mengundi ... selamat menjalan kan tanggungjawab ... kepada yang tak nak mengundi tu rugi sebab ini adalah keistimewaan negara demokrasi macam Malaysia ni .. rugi lah tak ambil peluang untuk mengundi ... 5 tahun sekali ...  Fun and Cool babe!!!! .. kalau Allah panjangkan umur sampai 60 tahun pun ade 7-8 kali jek kita leh mengundi .. hihihihihi...  

hari mengundi nanti jangan lupa BAWA KAD PENGENALAN .... kang buat penat beratur pastu tak leh mengundi sebab tak bawak Kad Pengenalan ... identiti kita tu ...

Pangkah 'X' dalam kotak tu elok-elok .. jangan lah pulak tanda menda yang bukan-bukan .. itu akan jadi undi rosak ... dah rugi satu undi ...  

hal-hal yang lain tu ... jangan pakai baju yang ade lambang dan warna parti ... yang lain lain tu disiplin diri la dan berudi bahasa lah sesama kita ... ni ade sikit panduan yang aku nak share... (sumber: google)



  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
  2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih
  5. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
  6. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
  7. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
  8. Keluar segera dari tempat Mengundi

Read more: http://www.infoharian.com/info/cara-panduan-dan-langkah-nak-mengundi-pru-13#ixzz2RpajKzpd

ok la .... SELAMAT MENGUNDI ...


p/s - Dakwat kekal tu leh sapu kat 10 kuku tak???? ..... PANGGGG!!! kena lempang ngan kerani SPR yg jaga dakwat tu....

No comments: