Thursday, May 30, 2013

SINGAPORE - CHECK IN @ CHECKERS INN



ini lah checkers inn ... hotel berkonsepkan hostel khas untuk back packers ... located at 41, Campbell Lane nearby area Little India

sampai kat Checkers in dalam pukul 8 lebih sikit dan terus check in ... ingatkan nak tinggalkan aje beg kat situ ... tapi dorang kasik kitorang check in .. apa lagi .. salin baju mandi dan make up la cantik2 ... dan siap suruh kitorang breakfast lagi...

konsep checkers inn ini adalah hostel ... so bayaran ikut kepala dan kita kena duduk bersama-sama orang lain dalam satu dorm yang sama... so oleh kerana kitorang berlima maka orang yang ke enam tu adalah orang lain yang kitorang pun tak kenal siapa...

walaupun berkonsepkan hostel tapi bagi aku sangat selesa dan bersih... dah semua orang di situ sangat friendly and helpful .. except our dorm mate... ya Rabbi sombong nak mampus

kami booking untuk lima orang melalui internet dan harga adalah SG$ 336 untuk 3 hari 2 malam .. so harga sekepala (per head) ialah SG$33.60 sehari semalam .. dorm yang kami book ialah untuk female dorm at 2nd floor dan the only female dorm yang ada... di 1st floor adalah mix dorm tapi ada bilik-bilik... bilik for male and female.. tapi yang tak best ialah campur bilik air ... tapi di female dorm bilik air adalah untuk floor itu sahaja

at lobby .. tgk ceiling dia .. comel





Breakfast adalah disediakan tapi konsep nye ialah MASAK SENDIRI... dorang sediakan dapur dan segala alatan dan bahan mentah ... bahan mentah nye telur, roti, mixed coffee, hot water, margarine, peanut butter... so pandai-pandai lah korang nak masak menu apa for breakfast tu.. dorang ada jugak jual maggi in cup.. beli jek kat front desk counter tu

ni lah dapur or dinning area nya



Breakfast kami masa 1st day
oh ye... towel and all sort of toiletries - SILA BAWAK SENDIRI!!

ade iron.. dan yang tu lah personal locker
Image from here
jap lupa tadik orag tanye kat aku selamat ke barang tinggal dalam dorm ... don't worry.. korang akan diberi locker dan lock (mangga dan kunci) dan juga access card sendiri (ini korang kena prepare deposit SG$30 dan akan dipulangkan bila check out).. so barangan berharga boleh tinggal dalam locker dan tentang safety lak ... every door ade access nye tersendiri.. so org luar tak boeh masuk sesuka hati...

dan kat sini ada washing machine dan dryer .. so boleh lah nak buat laundry kalau malas nak bawak banyak baju

for more info about Checkers Inn, do visit their webpage here

NOTE:-

  • Harga sekepala satu malam ialah SG$ 33.60
  • Sediakan SG$30 untuk deposit access card dan padlock locker. Refundable while check out.
  • Sila Bawak towel dan toiletries sendiri.
  • Free WiFi 
  • kepada ratu baju berside - tak payah bawak iron .. semuanya tersedia

SINGAPORE - PENGEMBARAAN BERMULA

woot woooottt .. kembara cuti-cuti bermula lagi

22.05.2013 - arah selatan .. naik keretapi... gi mane?? 

kul 9:30 berkumpul kat KL Central .. makan-makan dulu sebab dalam train takde makanan .. kami naik Senandung Sutera dari KL Central terus ke Woodland, Singapore ... Superior Night Class .. ada double decker bed macam hostel satu coach kongsi ramai-ramai...

Credit to Along
pukul 11 malam train terus gerak ... takde delay... masuk train jek terus carik katil memasing.. kitorang beli katil bahagian bawah sebab tak mungkin la badan bulat2 rendang2 cam aku ni nak manjat katil bahagian atas kan ... ohhh tidakkk!!

patut berempat .. tapi sorang tu terlepas ke London



begini la keadaan dalam train
aku tak berape nak lelap dalam train tu bukan sebab tak selesa tapi sebab asyik feeling2 nak gi kencing jek ... hadoiyaii.. asal nak lelap mata jek terasa nak gi kencing... kul 1 bangun .. kul 3 bangun ... kul 4 bangun ... bila bangun susah pulak nak lelap semula ... orang berdengkur kiri kanan .. bertabah jek la... kul 5:20 ade sorang manusia ni sibuk kejut kan anak dia ke sedara mara dia ke bangun tido ... hadoiyaiii... ayat tak leh blah "half and hour more" .. makne nye lagi 30 jam nak sampai .. dan aku tau ... belum lambat lagi nak sampai ... biasanye station master yang kejutkan orang bangun tido ... hisshhh memekak jek pepagi mengalah station master .. aku baru nak lelap ... kerana dia memekak dah semua orang dalam coach tu terjaga... bertabah kan aje la

lagi satu ... dalam kul 4 aku baru nak lelap kan mata .. sekali kelepek!! barang orang atas jatuh atas muka aku ... walau pun sekeping tapi berat barang tu ko ... terkejut aku tau ... masa tu baru sangat2 nak terlayang tido...ikut hati terkejut nak jek aku sepak katil dia biar terlipat keatas... tapi sabar .. sabar .. aku biarkan aje la menda tu kat situ pagi esok aku pulang kan... tapi pagi tu dalam kul 530 aku gi toilet dulu ... balik dari toilet dah memekak si ah so tu kata barang dia hilang ... dia nampak ada kat katil bawah tapi nak masuk tangan tak boleh ...tersepit tangan dia .. dan la memekak2 menjerit jerit... hadoiyaiii .. aku cakap la barang tu ade ngan aku .. baru lah aman satu coach ... hisshh... susah sungguh la satu kawasan ngan kaum ini .. dah lah tua... bersabar sambil urut dada jek la

we reach woodland around 7:20am ... haa... sape yg cakap 30 jam dari kul 5;30 pagi tadik nak sampai tu??? .. nak jek aku humban ke laut .. 

sampai check point macam biasa ... isi borang imigresen kaler putih tu ... pastu beratur la untuk chop passport...


Woodland checkpoint
perkhidmatan keretapi berhenti setakat Woodland sahaja... so lepas chop passport kitorang keluar untuk carik teksi ... di Singapore jangan risau .. banyak teksi bermeter dan kemungkinan kena tipu tu amat tipis...

so kitorang naik teksi dari Woodland ke Little India Street .. hotel kitorang kat situ ... kali ni kitorang duduk kat hostel .. pengembaraan kali ni ala-ala back packers ... tapi back packers yang tak pack light.. hahahaha.. beg memasing besar jugak ...

perjalanan dari Woodland ke Little India dalam 30 minit...  perrghhh ... nanti sambung ... kita cerita pasal hotel aka hostel tu pulak ye ..

NOTA:

  • Harga tiket keretapi dari KL Centrel ke Woodland Singapore - RM 46.00 (Double Deck bahagian bawah) harga berbeza mengikut kelas.
  • Harga tambang teksi dari Woodland ke Campbell Lane (nearby Little India Street) - SG$ 27.00

Tuesday, May 21, 2013

COUNTING DAYS

tengah busy sebenau-benau nye...

tak bermasa nak nengok blog, twitter hata facebook sekali pun ...

mane nak siapkan tender.. untuk bulan Mei sahaja ade 5 tender nak kena submit

pastu dengan tender questionnaires lagi ... tender queries lagi 

tu lom basuk mengadap E-bidding... bertabah aje la...

sebab opis aku ni kalau tau jek aku nak BERCUTI ... dia punye kerje macam tak-ade-hari-esok-lagi-dah-nak-buat-kerje



hissshhh tak sabar...

cuti-cuti .. i lioke!!!

Monday, May 13, 2013

MENGUNDI 05.05.13

mari lah mari ... pergi mengundi .. jangan lupa kewajiban pada negara

hari mengundi 05.05.2013 yang lalu ... bangun awal pagi sebab nak ke Kelana Jaya ... sebab nye Mr. Hubby mengundi area sana ... so aku ambik kesempatan la balik jengok ibu mertua tersayang .. 

kul 9 Mr. Hubby dah gi dah ngundi bawak mak ngan abik ipar aku ..

aku dok rumah tengok TV

kul 10 ++ aku ngan Mr. Hubby gerak balik ampang pulak ... sbb aku ngundi di ampang 

biasalah .. AMPANG KAN SUKA 'JEM"... lambat lah pulak aku sampai ... menjelang aku sampai rumah ampang.. mak ngan abah ngan along pun dan selamat mengundi ... hissshhhh!!! .. tak pe lah sebab mak, abah dan along mengundi kat Sekolah Agama ... aku ngan dikna mengundi kat sekolah kebangsaan ... hihhihihi... nampak tak motif kat situ ... semua yang kertu-kertu sila ke sekolah agama .. muhasabah diri .. wakakakakka... acah jek .. gurau-2 kacau along ... along berangin jek aku cakap camgitu ... wakakakakaka..

kul 11:40 giliran aku ngan dikna pulak gi mengundi ... suruh Mr. Hubby hantar ... dan balik kang suruh sesiapa jemput atau naik jek kereta parti2 yang dah tersedia


nasib kami baik ... sebab tak ramai orang .. dan para petugas sangat pantas buat kerja .. syabas pada yang jaga Lane 4 di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya




dalam 10 minit camgitu aku ngan dikna selamat menjalankan tanggungjawab ... hihihihihi.. calll along suruh datang ambik ... itu pun sebab along nak kuar gi beli KFC for lunch ... 



sebelah petang lepas makan ... ika mintak hantar dia ke opis .. diakan wartawan mob.tv .. so kena lah kerja buat liputan kat putrajaya untuk result GE13 malam tu .. hahahahaha...  dia mintak hantar sebab dia malas nak drive .. aku ngan along pun hantar lah dia kat Hartamas 

balik tu kitorang singgah jalan TAR dan KLCC ... tapi semua kejap2 jek .. 15 minit di Jalan Tar dan 20 min di KLCC .. di Jalan TAR cari tudung .. dan di KLCC sbb si Aishah nak makan cupcake

dan otw balik tu dah pukul 6... patutnya aku ngan mr. hubby ade projek .. projek nak ambik beberape iklan parti2 dan calon2 untuk MR. Hubby punye kerje kat melaka nanti .. memandangkan OTW tu banyak papan2 parti dan orang keliling adalah tiada ... maka aku dan aishah telah berjaya cabutkan papan2 tu ... sambil tergelak-gelak buat projek mencabut.. ambik dalam 4 keping jek ... hahahahha... tak pulak aku ambik gambar time kitorang mencabut tu .. ahakkk

ingat nak stay rumah mak lama sikit tapi ... memandangkan mr. hubby akan ke melaka esok maka kenalah balik awal nak kemas-kemaskan beg dia dan iron sikit lagi baju dia yang baru aku wat laundry pagi tadik 

ok .. sekian la cerita mengundi untuk hari ni 


p/s - entry ni dah lama dalam draft tapi tak berkesempatan nak post...

Friday, May 3, 2013

SELAMAT MENGUNDI!!

Bersemangat pulak nak mengundi kali ni ...

kalau korang nak tau ... aku ni adalah pengundi atas pagar .. kiri tidak kanan pun tidak ... aku akan tunggu hari kejadian untuk aku tau keputusan aku siapakah yang aku akan pangkah ... yang pasti calon tu mesti la yang ISLAM ... bangsa jatuh nombor last dalam kiraan aku ... ahakkk

so kepada yang mengundi selamat mengundi ... selamat menjalan kan tanggungjawab ... kepada yang tak nak mengundi tu rugi sebab ini adalah keistimewaan negara demokrasi macam Malaysia ni .. rugi lah tak ambil peluang untuk mengundi ... 5 tahun sekali ...  Fun and Cool babe!!!! .. kalau Allah panjangkan umur sampai 60 tahun pun ade 7-8 kali jek kita leh mengundi .. hihihihihi...  

hari mengundi nanti jangan lupa BAWA KAD PENGENALAN .... kang buat penat beratur pastu tak leh mengundi sebab tak bawak Kad Pengenalan ... identiti kita tu ...

Pangkah 'X' dalam kotak tu elok-elok .. jangan lah pulak tanda menda yang bukan-bukan .. itu akan jadi undi rosak ... dah rugi satu undi ...  

hal-hal yang lain tu ... jangan pakai baju yang ade lambang dan warna parti ... yang lain lain tu disiplin diri la dan berudi bahasa lah sesama kita ... ni ade sikit panduan yang aku nak share... (sumber: google)



  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
  2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih
  5. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
  6. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
  7. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
  8. Keluar segera dari tempat Mengundi

Read more: http://www.infoharian.com/info/cara-panduan-dan-langkah-nak-mengundi-pru-13#ixzz2RpajKzpd

ok la .... SELAMAT MENGUNDI ...


p/s - Dakwat kekal tu leh sapu kat 10 kuku tak???? ..... PANGGGG!!! kena lempang ngan kerani SPR yg jaga dakwat tu....