Wednesday, May 23, 2012

TAMAN NEGARA PAHANG - RUJUKAN PERBELANJAAN

ade beberape orang bertanye kat aku berape ringgit aku spend untuk gi taman negara pahang ni ...

sesungguh nye kekawan sekelian alam ... saya pergi atas package budget ye... saya tak tido di hotel yang mewah yang berbintang-bintang dan berbulan ... saya tido di chalet yang paling low class seperti yang disediakan oleh tour guide kami .... lagipun kami pergi pun atas sebab-sebab terkejut ... merancang dalam masa kurang 10 hari ... itu pun sebab masa mattafair ade terambik pamphlet Danz Travel and Adventures

untuk yang bertanya .. package holiday ke Taman Negara di sediakan oleh Danz Travel and Adventures .. buleh klik sini untuk ke webpage mereka 

PACKAGE DAN AKTIVITI

masa kitorang pergi tu kitorang ambik package Family 3 days 2 night yang berharga RM250 seorang ... harga ini termasuklah :
  1. Penginapan di chalet 
  2. Meal (makan) untuk 5 kali 
  3. Tour Guide Fee
  4. Canopy Walk entrance fee
  5. Boat Ride ke taman negara 
  6. Boat Ride ke Perkampungan Orang Asli
  7. Rapid Shoting
(tidak termasuk fee untuk masuk taman negara dan fee kamera (DSLR sahaja)

Source: Danz Travel & Adventure


aktiviti yang disediakan dengan harga RM250.00 adalah seeperti di bawah :-

Source : Danz Travel & adventure
PENGINAPAN

Chalet yang disediakan untuk kami tiada aircond .. kalau nak bilik yang berhawa dingin kena tambah duit lagi dalam RM40 kot ... tapi group lelaki dapat chalet yang ade air-cond dengan kadar bayaran yang sama dengan kami yang hanya berkipas ni ... cisshhh tak patut... kalau buleh mintak la chalet yang ok sikit ... yg aku suggest ialah Dakili dan RV ....

kalau nak yang berbintang bulan buleh aje book kat Mutiara Taman Negara ... kat situ memang best ... 

Nama chalet aku ngan kakak ialah Tembeling River View Chalet (seperti gambar di bawah)



Chalet my sista dan others nama dia RV Chalet ... yang ni lagi ok sikit dari aku punye ... rasa cam rumah kampung


and the boys chalet nye letak atas sikit dari tebing sungai ... nama chalet nye Dakili (kat bawah ni jek gambar chalet Dakili yang aku ade) yang ni ade aircond ...



PENGANGKUTAN

kami travel naik bus express dari Perhentian Pekeliling ke Jerantut dengan harga tiket RM16.80 sehala.

oleh kerana kami ni travel by bus ... maka untuk ke Taman Negara kami naik kenderaan air iaitu bot panjang ... charge yang di kenakan untuk seorang ialah RM 35.00 ... perjalanan mengambil masa hampir 2 jam ... untuk naik bot ni, Danz Travel ade sediakan Van dari Jerantut ke Jeti Kuala Tembeling 



balik tu kitorang pilih untuk naik kenderaan darat ... tu yang dapat bas buruk tu ... harga nye RM5.00 .. hantam aje la... nama pun nak adventure


kalau korang nak lagi adventure buleh lah cuba untuk ambik pakage yang tido dalam gua dan ber 'camping' (tido dalam khemah tepi sungai) ... kitorang tak dapat nak ber camping tepi sungai sebab hari hujan dan sungai agak deras... atas faktor-faktor keselamatan perkhemahan kami tu kena dibatalkan .. kalau tak malam tu buleh BBQ

MAKANAN 

yang ni tak perlu risau ... sebab semua makanan pagi, tengahari dan malam disediakan dalam package ni iaiut 5 kali makan .. macam kitorang hari tu jumaat tghari makan sendiri sebab sampai Jeti Kuala Tahan pun dah kul 3 so kitorang hanya ambik makan malam (jumaat), hari sabtu 3 kali makan dan ahad pulak breakfast sahaja... 

makanan adalah masakan kampung dan jangan harap lah ye nak 5 stars ... tapi makanan nye adalah sangat sedap ... bersesuaian dengan tekak kami ... sapa yang tak suka buleh la nak gi makan kat restoran-restoran terapung yang berdekatan tapi bayar sendiri .. hihihihiii

tukang masak yang pakai spek mata tudung coklat


secara keseluruhannya kos untuk ke Taman Negara adalah seperti berikut ;-


 apa-apa pun, anda boleh la ke Danz Travel and Adventure untuk keterangan lebih lanjut....

>>> FOR MORE INFO PLEASE CONTACT: RASDAN BIN SALLEH <<<
(019-9416151) / (O9-2664269)

sekian.


p/s - Encik Rasdan ... sila bagi discount on my next trip... iklan percuma ni

3 comments:

Mas Mesra said...

Bagus informasi ini sebab bila saya nak kesana, saya pasti akan mencari blog atau testimoni yand dah pergi ketempat itu.

Kalau kelapangan sila singgah ya travelog saya http://trulymesra.webs.com

Terima kasih.
Mas

Lisa Sheila said...

Selamat pg sis..info yg menarik .,sy bercdg nk ke taman negara juga dlm bln 3 nnti..inshaAllah. skrg tgh survey2 penginapan dan aktiviti menarik kat sana..

Kalau kita pergi sendiri..mksudnya tanpa pakej dan tour guide boleh x sis...hee... sebab cdg nk pergi berdua,

=)

Farah said...

Salam Lisa

rasanye lebih elok pakai guide... sebab banyak info yang kita akan dapat nnt... lepas tu aktiviti kita kat sana pun dorang dah susun cantik2 ... maybe your 2nd trip boleh merancang sendiri...