Thursday, November 24, 2011

PENIPUAN FACEBOOK

tak dinafikan yang FB ni banyak membawa kebaikkan  .. tapi dalam pada kebaikkan tu ade jugak keburukan nya .. ni aku nak kongsi makluman at bawah ni supaya semua orang berhati-hati ... jangan tertipu dengan penjenayah cyber ni .. mereka ni punya berjuta-juta tektik untuk mengelirukan kita... dan dalang dalam sindiket ni terdiri dari orang kita dan pak black ...

benda ni jadi pada office mate aku ... dari awal lagi aku dah bantah dia berkawan dengan sorang mat salleh (i don't think he is 'mat salleh' - macam pak hitam) ni .. mat salleh ni mula-mula suruh dia tengok-tengokkan properties kat klang valley ni .. dengan alasan dia nak settle down kat Malaysia (apekah?) .. sampai satu stage yang aku rasa dah melampau, aku kasik sedas .. sebab aku rasa tak logik sesangat sesangat bila orang dah dari mane datang nye nak bagi duit untuk kita uruskan segala urusan yang berkaitan dengan jual beli properties kat malaysia... aku sendiri yang dah pernah beli rumah ni (walau pun kecik) tapi terasa susahnye nak uruskan itu dan ini ... inikan pulak nak menguruskan perihal orang ... bukan tak nak tolong tapi proses ni sumenye memeningkan dan elok lah diberikan kat orang-orang yang professional ...

aku ingat dah abis kat situ .. tapi berlarutan bila mamat yang kekononnye so call mat salleh itu nak bagi dia hadiah dan dihantar melalui courier service.... hadiah dia tak hingat ko memacam menda-menda yang boleh mengaburi mata iphone, notebook, handbeg, perfume dan ade 2-3 benda lagi ... yang paling tak buleh nak blah orang itu kirimkan duit CASH sebanyak US$ 10,000 (mode: mata terbeliak dan kebaaabooommm pingsan)

masalah timbul bila orang courier service call cakap yang pihak kastam jumpa cash money dalam parcel tu dah mintak pihak penerima bayar panelty sebanyak RM6000.00.. uiiittt.... dah nampak tak betul dah tang tu ... lepas bincang-bincang buleh pulak dikurangkan panelty kepada RM3000.00 ... hadoiyaiii.. yang menampak kan ketidak-logikkan nye ialah bile payment untuk clearkan courier tu dibayar pada Western Union ... eeemmm...

long story short ... aku pun saje lah google-goole pasal menda ni sebab hati aku cuak d'baboon kan ... dan jumpa article kat bawah dan beberape article lain pasal penipuan parcel ... aku kasik dia baca... hadoiyai .. melopong member.. tapi ape nak buat kan .. dia dah pi bayar RM 3000 dalam akaun orang yang konon-konon courier service tu .. nasik dah jadik bubur... dan konon-konon nye pihak courier akan settlekan pada 30/11 ni .. kita tunggu dan lihat...  

last word dari Queen of Wishful Thinking - HATI-HATI ... ORANG TAMAK SELALU RUGI 



renung-renungkan article dari PDRM ... sumber google


PERINGATAN : Fakta dan Modus Operandi Sindiket Penipuan Jenayah Siber

by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 27 September 2011 at 10:45
Sindiket Penipuan Parcel (Bungkusan)

a) Sindiket berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mail, chat dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan (parcel) telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah yang mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan sebagainya yang disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mail kepada mangsa.


b)   Walau bagaimanapun mangsa akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan (parcel) tersebut telah ditahan oleh KASTAM Malaysia yang perlu dijelaskan beberapa bayaran (fee) oleh mangsa kepada pihak kastam dan syarikat fowarding agent dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut.


Mangsa yang terpedaya hanya sedar tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.

Nasihat daripada Polis:
Elakkan menjadi mangsa kepada penipuan siber ini.  Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet.  Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini.  

Semua peminat sila "share" maklumat ini dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Terima kasih.

No comments: