Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433H

semoga penghijrahan kita ke arah kebaikkan ini mendapat rahmat dari Allah SWT.. amin


meh nak share ape yang En. Suami tulis dalam FB dia :-

Khutbah Jumaat hari ini 25/11/2011:


Muhasabah Diri Diambang Tahun Baru.


Menurut Imam Ibnu Qayyim 4 aspek muhasabah diri:

  • Muhasabah perkara-perkara wajib yang kita tinggalkan atau tidak buat, maka lakukan ia sekarang.
  • Muhasabah maksiat-maksiat yang kita dah lakukan atau masih buat, maka bertaubatlah dan tinggalkan segera.
  • Muhasabah perkara-perkara yg kita alpa, lalai dan malas nak buat seperti solat jemaah, baca Quran, zikir dsb, maka mulakan lah ia.
  • Muhasabah anggota-anggota badan kita.Adakah kita gunakan utk memuaskan nafsu dan menentang hukum Allah.Maka, insaflah dan gunakan anggota-anggota tersebut utk mencari redha Allah.

Wallahualam ...




p/s - jangan lupa baca DOA AKHIR TAHUN dan DOA AWAL TAHUN ... kalau tak tahu, google la... tak pun dok depan TV .. sure ada siaran langsung dan ade yang akan baca doa awal dan akhir tahun ni ... zaman cyber kan .. tak boleh kata tidak ...



Thursday, November 24, 2011

PENIPUAN FACEBOOK

tak dinafikan yang FB ni banyak membawa kebaikkan  .. tapi dalam pada kebaikkan tu ade jugak keburukan nya .. ni aku nak kongsi makluman at bawah ni supaya semua orang berhati-hati ... jangan tertipu dengan penjenayah cyber ni .. mereka ni punya berjuta-juta tektik untuk mengelirukan kita... dan dalang dalam sindiket ni terdiri dari orang kita dan pak black ...

benda ni jadi pada office mate aku ... dari awal lagi aku dah bantah dia berkawan dengan sorang mat salleh (i don't think he is 'mat salleh' - macam pak hitam) ni .. mat salleh ni mula-mula suruh dia tengok-tengokkan properties kat klang valley ni .. dengan alasan dia nak settle down kat Malaysia (apekah?) .. sampai satu stage yang aku rasa dah melampau, aku kasik sedas .. sebab aku rasa tak logik sesangat sesangat bila orang dah dari mane datang nye nak bagi duit untuk kita uruskan segala urusan yang berkaitan dengan jual beli properties kat malaysia... aku sendiri yang dah pernah beli rumah ni (walau pun kecik) tapi terasa susahnye nak uruskan itu dan ini ... inikan pulak nak menguruskan perihal orang ... bukan tak nak tolong tapi proses ni sumenye memeningkan dan elok lah diberikan kat orang-orang yang professional ...

aku ingat dah abis kat situ .. tapi berlarutan bila mamat yang kekononnye so call mat salleh itu nak bagi dia hadiah dan dihantar melalui courier service.... hadiah dia tak hingat ko memacam menda-menda yang boleh mengaburi mata iphone, notebook, handbeg, perfume dan ade 2-3 benda lagi ... yang paling tak buleh nak blah orang itu kirimkan duit CASH sebanyak US$ 10,000 (mode: mata terbeliak dan kebaaabooommm pingsan)

masalah timbul bila orang courier service call cakap yang pihak kastam jumpa cash money dalam parcel tu dah mintak pihak penerima bayar panelty sebanyak RM6000.00.. uiiittt.... dah nampak tak betul dah tang tu ... lepas bincang-bincang buleh pulak dikurangkan panelty kepada RM3000.00 ... hadoiyaiii.. yang menampak kan ketidak-logikkan nye ialah bile payment untuk clearkan courier tu dibayar pada Western Union ... eeemmm...

long story short ... aku pun saje lah google-goole pasal menda ni sebab hati aku cuak d'baboon kan ... dan jumpa article kat bawah dan beberape article lain pasal penipuan parcel ... aku kasik dia baca... hadoiyai .. melopong member.. tapi ape nak buat kan .. dia dah pi bayar RM 3000 dalam akaun orang yang konon-konon courier service tu .. nasik dah jadik bubur... dan konon-konon nye pihak courier akan settlekan pada 30/11 ni .. kita tunggu dan lihat...  

last word dari Queen of Wishful Thinking - HATI-HATI ... ORANG TAMAK SELALU RUGI 



renung-renungkan article dari PDRM ... sumber google


PERINGATAN : Fakta dan Modus Operandi Sindiket Penipuan Jenayah Siber

by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 27 September 2011 at 10:45
Sindiket Penipuan Parcel (Bungkusan)

a) Sindiket berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mail, chat dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan (parcel) telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah yang mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan sebagainya yang disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mail kepada mangsa.


b)   Walau bagaimanapun mangsa akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan (parcel) tersebut telah ditahan oleh KASTAM Malaysia yang perlu dijelaskan beberapa bayaran (fee) oleh mangsa kepada pihak kastam dan syarikat fowarding agent dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut.


Mangsa yang terpedaya hanya sedar tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.

Nasihat daripada Polis:
Elakkan menjadi mangsa kepada penipuan siber ini.  Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet.  Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini.  

Semua peminat sila "share" maklumat ini dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Terima kasih.

Tuesday, November 22, 2011

TETIBA RASA SEMANGAT KESUKANAN


aku selama-lama ni .. lepas aku kahwin la kan .. aku jarang layan bola-bola ni ...tapi malam tadik aku terpanggil layan bola ngan encik suami aku ... gamat... dah macam stadium Gelora Bong Karno dah rumah aku ... encik suami cam orang tak keruan ...  sepatah aku tanya ... harap dapat jawapan immediately .. hareeemmm ... ko jawab sendiri jek la... konsentrasi kaedah nye .. puuuiiihhh

tapi memang sesak dada aku tengok game malam tadik .. cam nak muntah ... sudah nye masa panelty kick aku buat-buat gi toilet ... aku sempat tengok badrul bakhtiar buat gol yang sadis .. dan akhirnnye Malaysia memang EMAS untuk SEA Games kali ni ... yeahh yeaahhh .. chicken dance sikit

walau bagaimana gelora pun .. aku nak ucapkan TAHNIAH buat skuad negara .. You've done a great job ... 2 thumbs up ... 

agaknye sume pawang kat indon letak jawatan lepas kalah semalam
tak kuat tempat perasap korang tu

buat Indon nesia .. good games .. cuba lagi .. jangan gadoh-gadohhh.... pawang korang tak cukup kuat malam tu .. ahakkkk... 

p/s - tak suka betul cara mereka tak hormat lagu kebangsaan kita ... itu lah bezanya orang PANDAI dan orang KURANG CERDIK .. anda digolongan mana?

Sunday, November 13, 2011

CELEBRATION B'DAY'S WATIE

ni masa celebration birthday wati kat redbox IOI mall... 

yang join aku, encik suami, along, ank along aliyyah, kakak, adik aishah, arab & afi... lepak dari kul 8 sampai kul 4 pagi... pastu terus balik umah kakak tido .. pagi sok nye sume terlajak .. tidaaakkkkk!!!... taubat tak buat lagi

pastu gi melawat induk jah (mak kakak) kat assunta ... mak kakak masuk sepital sebab denggi .. then lepak kat umah aku .. pastu kuar gi antar adik aisyah kat terminal bersepadu kat Bandar Tasik Selatan ... then kuar ngan ika pulak .. sebab dia ajak gi SFF... tapi kepala terasa sangat berat .... dan akhirnye DEMAM... hahahahaha... senin gi kerje selasa nye MC sebab deman ... padan muka aku ... sekian

layan gambar jek lah yek .. this even happen last month on  29/10/2011 & 30/10/2011




wati kena kacau ngan antu kuboq

gatai antu ni ambik kesempatan ... haaeeepp!!!

Mr. Hubby, Arab & Afi


Saturday, November 12, 2011

WEDDING @ UiTM RESORT

Sambungan dari wedding kat Ranau hari tu 

kali ni majlis menyambut menantu pulak kat Itm Hotel, Shah Alam ... so along datang ambik aku, Encik hubby and kakak kat umah aku .. then gi sana secara berjemaah .. 

oleh kerana adik aisyah turun dari JB so kitorang bercadang sleepover kat umah kakak... meriah .. sambil sambut birthday si wati .. 

balik dari kenduri kawin lepak kat umah aku tukar baju then terus ke IOI mall untuk sessi Karok mengena wati ... hahahaha... sian dia .. surprise birthday lagi... :D

assalamualikum .. kami datang nak wat kecoh!! ahakk




Congratulation to Ali & Min

Group Photo

Friday, November 11, 2011

11.11.2011

sekali dalam seumur hidup ... aku tak akan hidup 100 tahun lagi dari sekarang...