Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

RESIPI RENDANG IBU MERTUAKU

Aku nak kena simpan resipi ni... For future reference ... Style MIL agak berbeza sikit dari my mommy... MIL punye lebih simple than my mommy .. My mommy guna rempah baba's while my MIL tak guna langsung rempah.. Tp bahan-bahan yang diguna agak sama

Bahan-bahan:

1kg daging
5 ulas Bawang putih
20 ulas Bawang merah
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 btg Serai
Cili kering yang dah dibohkan (agak-agak pedasnye)
Minyak untuk menumis dalam 2 senduk
Gula melaka/ gula kabung (agak-agak jugak)
Garam
2 sudu besar Kerisik
1 keping Asam keping (boleh guna asam jawa)
Santan (2 biji kelapa)

Cara-cara

Potong daging saiz kuib

Kisar bahan-bahan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas (adalah digalakkan untuk tumbuk dulu lengkuas guna lesung.. Sebab keras dan tak lut dikisar)

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga terbit minyak

Lepas tu masukkan cili yang telah dikisar dan tumis lagi hingga nampak cili tu agak masak

Kemudian masukkan daging yang telah dipotong bersaiz kuib. Daging akan mengeluarkan air bila dimasak.. So kita kena tunggu hingga air daging tu mengering

Setelah itu masukkan santan, gula merah, garam, dan asam keping

Dan gaul-gaul kan hingga masak... Kalau nak style kering boleh biarkan ia lama atas api dan kalau rasa nak style basah-basah leh tutup api setelah agak2 terbit minyak



Siap masak leh hidang... Gambr selepas lupa nak ambik pulak sebab kitorang sibuk siap-siap nak ke paradigm...

Sekian la sesi berkongsi resipi dari dapur puan norlia di kelana jaya... Hingga berjumpa lagi ... Selamat hari raya

Friday, July 20, 2012

RENDANG AYAM HIJAU

masa nak puasa hari tu aku buat rendang ayam ini untuk menyambut kedatangan ramadhan ... kami ni orang negeri sembilan memang sambut ramadan ni cam hari raya... ade potong lembu bagai tau kalau kat kampung .. tapi menda ni dah tak macam dulu ... dulu meriah .. kini tidak lagi ... aku wat rendang tu pun syok sendiri jek ... huk hukkkk

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan -Bahan :

Ayam - Setengah ekor
Asam Keping - 1/2 keping
Santan pekat - sebijik kelapa 
Kerisik - 3 sudu besar
Daun Kunyit - 1 helai
Daun limau putut (kalau suka)


Bahan untuk di blend/ kisar:

Cili Padi - segengam 
(SILA!! Pilih cili padi yang hijau-hijau yang segar supaya masakan jadi hijau - aku ambik cili padi akar/ thai)
Bawang Merah (Kecik) - 5 ulas 
Bawang Putih - 4 ulas
Kunyit Hidup - 1/2 inci 
Lengkuas - sedikit
Halia - 1/2 inci
Serai - 2 btg (aku guna 3 - 2 blend, 1 aku titikkan)

Cara-Cara:
  • Masukkan ayam dan semua bahan-bahan yang telah diblend/ di kisar ke dalam kuali
  • Masukkan asam keping sekali dan serai yang dititik
  • Biarkan daging ayam empuk dan air kering sedikit
tunggu air ayam tu reduce sikit ...
sambil tu buleh lah main game ... hiihihihihi
  • Setelah air kering sedikit masukkan santan pekat 

  • Kemudian, masukkan daun kunyit yang telah di siat-siatkan dengan tangan
  • Lagi 10 minit nak tutup api masukkan kerisik dan gaul rata
  • Tutup api dan hidanglah untuk keluarga tercinta.... ahakkkk... 

Tadaaaaa - dah siap pack untuk ibu mertua ku...
ikhlas dari menantu hantu.... ahakk

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

resipi biskut simple lagi lazat  ini aku dapat dari buku diari kaler biru mak bedah yang di ubahsuai menjadi buku resipi ... biskut ni tiap-tiap tahun sure akan aku buat ... emak suka biskut ni tapi kederat dia dah tak larat nak mem'baking' lagi kan .. jadik aku lah take over ... tahun ni harus buat lagi ...

so resipi adalah seperti dibawah ... resipi telah di'request' oleh my cousin ... nurfaizah  .. kata dia nak main memasak ngan anak dia time cuti nuzul quran ni ... selamat lah yek... mentak2 jadik

pic: google.com
kepada empunye picture tu .. sharing is caring

Resipi Biskut Cornflakes Rangup

8 oz Butter/ Mentega
6 oz Castor Sugar/ gula Kastor
1 Egg/ Telur
10 oz Self-Rising Flour/ Tepung Naik Sendiri
1 tsp Essen Vanilla/ esen vanila
1 box Cornflakes

Cecaranye

Pukul Mentega dan gula hingga kembang/ gebu cam saya
Kemudian masukkan telur dan pukul lagi
Setelah itu masukkan esen vanila dan pukul rata
Seterusnye masukkan Tepung Naik Sendiri sedikit demi sedikit
Gaul rata
Didalam mangkuk yang berasingan ramas mesra Cornflakes
Ambil bancuhan tadi sebesar bola kecil dan golekkan atas Cornflakes yang telah diramas mesra tadi
susun atas loyang pembakar 
bakar dalam oven hingga hangus kekuningan .. kepanasan oven agak-agak untuk bakar biskut la yek...
sejukkan sebentar sebelum di ngap dalam mulut anda ...

sekian dari chef wan twothreefour ... selamat mencoba....