Friday, November 16, 2012

1 MALAYSIA - APA-APA PUN BOLEH!!


dapat ni dari facebook pagi tadi

aku rasa funny sangat ...

dan memang pun .. aku adalah diantara 'masyarakat yang tak berape nak kaya dan tak berape nak miskin' yang tak dapat merasa langsung duit-duit ehsan ni ... 

sekian  ... 

kecik ati saya... sob sobbb




Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT BERHIJRAH ...

selamat menyambut tahun baru hijrah 1434 ... selamat berhijrah ke arah kebaikkan ...

ni ada tips yang aku nak share dari ustaz Don 




jangan lupa baca doa awal akhir tahun dan doa awal tahun petang nanti ... 

kalau takde buku doa ... download dari intenet dan di youtube pun ade


# DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN


SALAM MAAL HIJRAH 1434

Thursday, November 8, 2012

RAYA HAJI 2012

macam hari biase jek ... nak gi solat raya, bendera pulak berkibar ... dan masih ngantuk tahap gaban ...

awal-awal lagi aku dah cadang kat mak untuk masak nasik lemak jek pagi raya... salah satu sebab rendang raya aidil fitri tu masih ade sejuk kejung dalam freezer, lagi satu sebab sehari sebelum raya haji mak ade appointment medical check-up dengan HKL .. dan satu sebab utama tukang2 sibuk masak  baru touch down the day before raya haji ... 

pagi tu macam lipas kudung sebab terjaga agak lewat ,,, kul 7:15am ... punye lah berat mata ... gagahkan jugak memandangkan hari ini hari raya... :D

so menu pagi raya ialah nasi lemak emaksayayangsedap, sambal ikan iblis, sayur kacang panjang, rendang kejung jejaman raya puasa, paru masak berlado kejung juga jaman raya puasa, dan drummet goreng (kerana malas nak kemaskan ayam dan buat pemerapan) ... dan air adalah teh tarik jerang style emakdenpunyopalingsodap .. demikianlah...



along gi jemput dekna kat KLIA ... lepas dorang sampai kitorang celebrate birthday mak .. belated sebab birth day nye semalam ...

tahun ni takde kek.. kita pakai donut jek

happy birthday nenek

budak yang gerun sebab nak SPM
petang lepas mak balik kampung, aku ngan hencik Megat pun beredar ke Kelana Jaya... beraya dengan keluarga mertua... adik ipar aku tak balik kampung tahun ni ... raya sini .. so meriah lah sikit...  

Wednesday, November 7, 2012

ABOUT DOHA (untuk traveller cam aku)

Doha ialah ibu negara Qatar.. yang sedang pesat membangun ... bandarayanya banyak bangunan yang tinggi-tinggi, cantik-cantik dengan moden design dan kalau sesiapa yang suka photografi atau pun yang sedang belajar seni binaan suka lah kot tempat-tempat yang cama gini ... dlaam masa 10tahun lagi doha akan jadi lebih cantik dari ini mungkin


kat bawah ni sengaja aku tulis berkenaan Doha yang patut dan tak patut di lakukan. untuk rujukkan masa hadapan
  1. Visa untuk masuk ke Doha, Qatar dibuat sewaktu kita stamp passport di kaunter Imigresen. Harga visa untuk ke Qatar ialah QR100 (RM 86) dan HANYA boleh dibayar dengan mengunakan CREDIT CARD SAHAJA. Tunai/ Cash tidak diterima. Tapi sesiapa yang tidak ada credit card ada alternatif lain dimana kita haruslah memohon untuk buat debit card di QNB bank dengan harga QR120 (RM103.20). Kelulusan serta-merta. Dan kaunter permohonan ada ditepi kaunter kastam.
  2. Sediakan budget yang lebih untuk pengangkutan awam kerana pengangkutan awam yang paling banyak digunakan ialah teksi. Tambang teksi adalah MAHAL walaupun petrol di Doha ni murah. Setiap teksi yang bermula dari hotel tempat kita menginap bermula dari QR25.00 (RM21.50). Untuk tambang dalam lebih kurang 4km harga tambang boleh mencecah hingga QR 45++. Hairan negara pengeluar minyak tapi tambang teksi sangat tidak berpatutan. Patut disediakan MRT atau perbanyak kan lagi penggangkutan awam yang lain contoh bas.  
  3. Masuk aje teksi minta pemandu tu mengunakan meter. Teksi yang popular di Doha ialah teksi kaler turquoise nama Karwa.
  4. Barang-barang adalah mahal dari segi harga. Satu biji Fridge Magnet bermula dari harga QR10. Bargain kalau beli dalam kauntiti yang banyak untuk dapat harga yang lebih menarik.
  5. Jangan sekali-kali ambil gambar tak tentu hala ye!!!. aku pernah kena sound dengan seorang perempuan arab yang tuduh aku ambil gambar dia sedangkan aku sedang ambik gambar permandangan kat situ. Annoying dan perasan. Sapa tah nak ambik gambar dia tak berwajah bertutup litup macam antu bungkus tu entah ...  
  6. Wanita-wanita arab disana adalah sangat sombong. Ini kerana kebanyakkan orang asia yang datang ke doha untuk bekerja sebagai orang gaji, pekerja bahagian pembersihan, assistant di mall2 dan kuli. Maka, pelancong dari asia terutama Malaysia dan Indonesia dianggap sebagai orang gajian atau kuli padahal kami datang adalah untuk tujuan melancong. Mereka akan pandang kita dari hujung rambut hingga hujung kaki macam kita ni hamba abdi yang lari dari rumah tuannya... sangat tak suka suasana ini terutama masa kami bershopping di Villaggio. Abaikan.
  7. Crime Rate di Doha sangat rendah. Jadi tak perlu risau kalau nak berjalan seorang diri atau naik teksi tak berdaftar/ kereta sapu. Untuk berjalan di Mall atau souq sendirian pun adalah selamat.
  8. Kalau musim panas jangan jalan ditengahari sebab orang akan anggap kita ni gila. Ape kejadahnye berjalan tengah panas kan. Sebaiknye naik lah teksi.
  9. Kebanyakkan store assistant di mall adalah dari Filipina. Bahasa memang tak jadi masalah sebab dorang akan gunakan english language ketika berjual-beli. Memang terasa keManilaan bila berjalan dalam Mall kat sana. Macam rasa pergi salah negara. hihihihihi.
  10. Bab makanan memang tak perlu risau. Makanan halal adalah  sangat senang untuk didapati. Maklum Islamic Country.
  11. Tandas-tandas awam sangat bersih dan wangi walaupun kita berada di shopping mall bertaraf The Store. Ini sangat patut dicontohi oleh rakyat malaysia. 
  12. Bab telekomunikasi pulak. Sangat susah untuk mendapat free WiFi tak macam di Malaysia. Dihotel tempat kami tinggal, untuk mengunakan Wifi di bilik hotel dikenakan bayaran QR30 untuk satu jam dan QR50 untuk sehari. Jadi, anda di nasihatkan untuk membeli prepaid sim card yang baru. Waktu kami pergi harga satu pack sim card yang baru ialah QR50.
Tempat menarik untuk dilawati :-

Katara Cultural Village 





Islamic Art Museum




Souq Waqif






The Pearl





The Villaggio






The Corniche






Shopping-Shopping Mall





Inland Sea 
(Adventure di Gurun - harga dalam US$340 per person ... kami tak buat menda ni)

Source: Google.com

Half Day Desert Safari to Inland Desert Safari 
A trip to the inland sea, in the middle of the desert, is a splendid way to spend the day. Our private tours are half-day desert safari, full day desert safari and overnight desert safari and all tours are custom designed to your timeframe, needs and budget. The desert safari is probably one of the most unusual tours where you will discover some unforgettable landscapes of the mysterious desert. Desert safari is undertaken in an adequately equipped 4 WD vehicles by equally talented Qatari guides.Our camps are equipped with Bedouin style tents, carpeted with traditional seating, separate wash room/toilet for ladies and gents and sweet water for shower. Water and soft drinks are served in all of the tours.

Time : 9:00am-1:00pm ‘or’ 2:00pm–6:00pm
Refreshment : Mineral water and soft drinks
Additional Activity : Camel ride

You will be picked up from your designated pick up point and driven 75 km south of Doha with a brief stop at Sealine Beach Resort, Measaeed. This is where we abandon the tarmac for the sand dunes; our professional drivers will deflate the tyres to make the vehicle ready for the dune bashing and your breathtaking roller-coaster drive across the desert and over the sand dunes begins. There are different paths through the dunes, from an extreme ride – fast and bumpy to a smooth and casual route. The drive will take you to the the marvels of the inland sea (Khor al Udied) near the Qatar-Saudi Arabian border and back. There will be two stops during the journey for taking pictures. And if time permits you will be taken to our camp site.

Monday, November 5, 2012

DOHA - Day 5

24.10.2012 - selamat tinggal Doha.. till we meet again .... 

kul 3:30am waktu doha hp memasing dah berbunyi .. bangun.. bangun .. siapp.. siappp.. kang tertinggal flight kang... choiii!!!!... lepas mandi siap-siap bagai .. kul 4:50 kitorang dah turun bawah tunggu shuttle untuk ke airport ... flight pukul 7:20 pg .. akan sampai KLIA dalam kul 8:20 pm waktu Malaysia ... dekna ade satu hari lagi kursus kat sini tapi aku ngan along kena balik jugak .. sebab esok flight penuh .. tak nak ambik risiko dan kami nak balik hari ni jugak

sampai airport pukul 5:10am terus ke staff's counter .. untuk check-in ... sekali tu .. "i'm sorry mem, no available seat bla bla blaa.. please check again on 6:30am" ... uiiittt... filght penuh ke??? dekna dah checked dalam system tak penuh pun ... harapan 50-50 .. tunggulah kami sampai pukul 6 kat area staff's kaunter tu ... ade beberape orang lagi yang nak balik malaysia ... pun on Stand-by list ... kul 6:00pm aku gi semula ke kaunter tu ... again staff kat situ suruh tunggu nama kami keluar kat skrin atau pun tunggu nama kami di panggil ... again pukul 6:20 aku suruh along lak gi kaunter tanye .. sekali tu along kena tegur dengan manager airport doha "staffs are not allowed to wear blue jeans ...please change or i will not let you to board" .. excuse me!!!. tapi kami bukan staff .. tiba-tiba jadi sangat tah apa-apa ... tak nak timbulkan banyak hal, along pun tukarlah pakai jean hitam.. tak pasal-pasal kena tukar selongkar beg ...

pukul 6:35am aku gi tanye lagi kat kaunter... frust sebab gate dah tutup ... memang takde harapan lah nak naik flight pagi tu ... aku dah along tiba-tiba blank .. ape nak buat ni??? ... balik hotel??? tapi bile next flight??? berheboh lah kami tanye kiri kanan ... aku gi balik kat kaunter tu tanye bile next flight dan capacity .. nak tak nak jek staff dia layan ... hantu kuburan betul la... pastu kitorang carik service counter untuk Qatar Airline ... kat situ kitorang baru lah 'sudah terang lagi bersuluh' .. dapat kan next flight info .. ade 2 flight untuk malam dan awal pagi .. pukul 8:20pm dan 1:20am dan kami daftar nama untuk next flight schedule at 8:20pm ... nampak nye sampai 25.10.2012 jugak lah kat Malaysia... begitu la kisah kalau stang-by ticket ye .. kena berkampung kat airport sampai la dapat flight...

settle semua kitorang balik hotel ... dekna pulak tak boleh nak tinggalkan kunci hotel sbb front desk tu punye lah banyak tanye... sudahnye kami tinggalkan barang kat hotel dan ambik teksi ... otak dah blur ... tak tahu nak gi mane ... sudah nye oleh kerana lapar teramat (dalam kepala terbayang2 magie in cup kat bilik hotel), kitorang decided nak ke City Centre Mall...  

sampai City Centre Mall terus carik kedai makan ... nampak Burger King.. boleh kan aje ... malas nak cari kedai makan lain ... satu set burger king dalam QR20-QR30.. aku ambik yang mushroom .. additional Onion Ring... rupa nye burger king kat sini potion sangat besar ... sampai naik muak aku nak menghabiskan sebijik burger ... onion ring belum sentuh lagi ni ... ketamakkan disitu ... 

habis makan loceng kebakaran berbunyi .. sebelum masuk mall tu tadik aku dah baca kat notice depan pintu tu tulis ade fire drill exercise .. kitorang pun buat donno jek lah kan .. terus lah jejalan shopping.. mula-mula nak layan cinema .. tapi bila teringat bau 'keti' kita cancelled ... takut pening ... tapi nak kena carik pot sebab nak tido .. kepala dah pening ... 

masuk la satu kedai sport ni .. baru nak tengok-tengok sekali sale assistant tu suruh kitorang keluar sebab fire drill exercise .. pulak walk-in customer pun kena ke??? .. aku ngan along dan orang awam yang lain pun berjalan lah keluar bangunan tu ... hadoiyaiii ... ape la dugaan hari ni .. dah lah tak leh naik flight, tak dapat nak naik bilik hotel, pastu nak gi window shopping pun kena join fire drill pulak... 

aku cakap kat along 'kita dapat naik flight malam ni .. macam-macam dugaan ni"

kepala dah berat kena panas disebab kan ngantuk .... dalam 20minit lepas tu baru kitorang leh masuk mall tu semula ... hadoiyaiiii... dalam hati "dapat balik malam ni"

aku cakap ngan along carik port baik punye sebab aku nak lelapkan mata ... along beli air lepak kat cafe aku bantai tido .. 

lepas tido jejalan cuci mata ... sempat lah beli 2-3 barang lagi .. sib baik duit QR ade lagi 3-4 ratus... hihihihihi .. ingat nak abiskan kat airport ... tak payah lahhhh....

Fire Drill Exercise


















dalam kul 2:40pm kitorang ambik teksi dan balik semula ke hotel tunggu dekna balik dari kursus ... bila balik bilik aku mandi dan sambung tido .. kul 5pm aku ngan along tunggu shuttle kat bawah...

sampai airport terus ke kaunter ... punye lah ramai manusia sbb orang-orang Doha bercuti lama untuk celebrate raya qurban ... jawapan sama cam pagi tadi "you have to wait"... apa-apa lah .. takdapat 8:20pm kita tunggu flight kul 1:20am .. hihihihihihi...

yang best bila bersama-sama orang2 tiket stand-by ni ialah bila tiket tu dah confirm dan boleh boarding muka semua orang macam menang grand price ... senyum sampai nampak gigi geraham bongsu ... siap melambai-lambai macam miss world ... padahal bukan kenal pun dengan orang-orang tu .. hihiihihihi...

akhirnye pengumuman yang dinanti nanti " ID50 to Kuala Lumpur .. boarding now" .. berlari-lari ke akunter untuk check-in dan ambik boarding pass.. hahahahaha.. kelakar lak kan .. bukan kami berdua jek .. tapi dalam 8 orang yang standby tu pun sama jugak berlari-lari ...takut tak sempat ...

sekarang dah kul 7 lebih  .. nak check kastam lagi kan .. yang penting naik flight itu ... dah settle kat kaunter berlari pulak ke gate .. dah tu kena tunggu bus pulak ... airport doha nak ke flight kena naik bas.. nampak nye tak sempat lah nak berjimba ria kat free duty kan ... 

akhirnye .. bila dah duduk dalam flight baru la rasa penat dan release segala beban ... baru terasa ngantuk .. confirm tido sampai KLIA ... "Abang.. tunggu saya balik!!!"

sampai KLIA pukul 8:30am... tapi awal-awal dah kasik tau sang suami tercinta jemput lambat sikit sbb nak round dalam satellite building.. free duty kan ... tapi tak beli ape pun ... bila dah jumpa  hubby masing-masing kitorang makan-makan lah kat Food Garden ... 

sampai rumah dah kul 12 lebih ... mandi .. punggah baju masuk mesin ... dan aku terus kebabooommm tido ... encik suami lah yang tolong sidaikan baju dan kemas-kemas sikit.. malam kang nak balik rumah mak .. esok kan raya haji... :D .. first raya haji yang tak de nak masak-masak ...hihihihihihi.. mak pun takde gi sepital untuk check-up ...