Tuesday, January 22, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR




Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, January 9, 2013

MENG 'CARI'.COM.MY

tu hari aku cakap kat along... dah lama tak lepak kat cari.com.my macam dulu-dulu ... dulu segala info baik gossip, isu semasa dan kisah-kisah antu semua di hujung kuku ... berita belom kuar kat paper aku dah baca dan dah tau conclusion ... tapi kini lepas ade FB aku lepak kat FB jek .. tahun 2013 aku nak kembali ke forum ....

dan sekarang ... aku tengah gigih maraton cerita-cerita mesteri, paranormal & supernatural ... hahahahaha... hingga aku lupa nak update blog...

nanti la ye .. tengah busy bebenau ni ... 

jom cari.com.my....


Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

sekejap jek dah masuk tahun baru ...

ini bermakna berkurang la umur kita ... berkurang la jugak kemampuan/ kekuatan fizikal kita... eeemmmm ... itu lah hidup 

sejak dah tua-tua ni cita-cita tahun baru aku dah di forwardkan ke tahun baru islam ... so aku akan renew aku punye resolution every maal hijrah ... hihiiihi... so cita-cita tahun baru 2013 dah renew masa maal hijrah 1434H yang lalu ... teruskan ajek la .. 

misi yang paling terhampir untuk dicapai untuk tahun 2013 ni ialah my sis wedding early February... yang lain-lain tu kemudian cite lah ye

kepada semua .... selamat bercuti ... enjoy your holiday .. mesti ramai yang cuti 31/12/2012 semalam kan sebab semalam kan isnin... hihihihihihi ... 

Source: google.com